Penduduk Labang, Sebauh dijemput hadiri mesyuarat PBB

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

BINTULU: Warga kawasan Labang, Sebauh dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Labang 1 Sesi 2018-2021 pada 18 November ini.

Mesyuarat diadakan di Balai Raya Kampung Labang itu dijangka bermula jam 9 pagi.

Agenda diketengahkan ialah pengesahan minit mesyuarat sesi 2014- 2017, pembentangan laporan aktiviti oleh setiausaha, pembubaran ahli jawatankuasa bagi pemilihan baharu serta membincangkan perkara berbangkit.

Justeru, penduduk di kawasan Labang terutama ahli PBB Ranting Labang 1 diminta hadir pada mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.