Karnival Pekerjaan Digital di Miri pada 18 November

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) serta e-Rezeki menganjurkan Karnival Pekerjaan Digital pada 18 November ini di sini.

Program itu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bagi membantu pencari peker- jaan mendapatkan pekerjaan melalui kaedah digital atau bekerja secara atas talian.

Pada masa sama ia merupakan salah satu pelan aktiviti di bawah Program e-Rezeki dalam usaha mencapai sasaran 1,700 peserta.

Peserta yang hadir diberi taklimat tentang e- Rezeki oleh Pusat e- Rezeki Kota Samarahan serta pendaftaran atas talian secara percuma.

Mereka juga diberi latihan serta bimbingan oleh jurulatih berpengalaman sekali gus menjana pendapatan di alam maya pada peringkat global.

Mereka berminat mesti berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai sekurangkurangnya telefon pintar, komputer atau komputer riba berinternet.

Kemasukan adalah percuma dan tidak terhad, pemburu pekerjaan boleh datang beramai- ramai di Dewan Rafflesia Tingkat 7, Hotel Meritz Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.