TDM terus berusaha pertingkat kawalan perbatasan Buat masa sekarang tahap keselamatan di perbatasan daratan Sarawak dan Sabah adalah terkawal

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Tentera Darat Malaysia (TDM) terus berusaha mempertingkat kawalan perbatasan bagi memastikan tahap keselamatan Sarawak dan Sabah sentiasa dalam keadaan terkawal.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar berkata buat masa sekarang tahap keselamatan di perbatasan daratan kedua-dua negeri itu adalah terkawal.

“Begitupun, kita tidak harus leka sebaliknya berusaha meningkatkan kawalan keselamatan agar lebih kemas demi menghindari sebarang pencerobohan atau aktivitiaktiviti tidak sihat di perbatasan.

“Selain itu, dengan perkembangan baik di selatan Filipina kita sentiasa memerhati dan terus meningkatkan kesiapsiagaan demi menghindar sebarang anasir yang cuba menyusup masuk ke bumi Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Penghargaan Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Abdul Rahim Abdul Mutalib di Padang Kawad Batalion 20 Rejimen Askar

Begitupun, kita tidak harus leka sebaliknya berusaha meningkatkan kawalan keselamatan agar lebih kemas demi menghindari sebarang pencerobohan atau aktiviti-aktiviti tidak sihat di perbatasan. Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar Panglima Medan Timur Tentera Darat

Melayu Diraja (20 RAMD) di sini semalam.

Perbarisan itu sebagai penghargaan kepada Abdul Rahim bersara wajib pada 15 Mac 2018 setelah berkhidmat selama 44 tahun tujuh bulan dan 10 hari dalam pasukan TDM.

Ketika berucap pada majlis itu, Mohd Zaki menyifatkan persaraan Abdul Rahim sebagai satu kehilangan yang tidak mungkin dapat diganti kerana pegawai kanan berkarakter seperti beliau sukar dicari ganti.

“Itulah kesan bakal ditinggalkan beliau setelah lebih 44 tahun menabur bakti dalam perkhidmatan,” ujarnya.

Mengimbas detik mula pembabitan Abdul Rahim dalam bidang ketenteraan, Mohd Zaki berkata Ab- dul Rahim mula menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 21 April 1978.

Pada 15 Jun 1978, semasa berusia 19 tahun, beliau ditauliahkan di 20 RAMD ketika itu di Kem Desa Pahlawan, Bukit China, Kelantan.

Sepanjang perkhidmatan, beliau menyandang pelbagai jawatan penting sama ada dalam cabang pemerintahan, kejurulatihan mahupun staf.

“Bermula sebagai Ketua Platun 20 RAMD, kecemerlangan cabang pemerintah Abdul Rahim diteruskan sebagai Ketua Kompeni 17 RAMD, Pegawai Memerintah 10 RAMD, Panglima 8 Briged, Panglima 4 Briged (Mekanize) dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan.

“Keupayaan dan kepimpinan beliau dalam cabang kejurulatihan tidak dapat disangkal apabila pernah dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Komandan Maktab Turus Angkatan Tentera sekitar 2008 dan 2009,” katanya.

Hadir sama Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw serta isteri Datin Jacqueline Peris dan Panglima Angkatan Petugas 450 Mejar Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat dan isteri Datin Zubaidah Mohd Zaid.

Perbarisan penghargaan itu disertai 15 pegawai dan 300 anggota lain-lain pangkat diketuai Leftenan Kolonel Azmi Ali yang merupakan Pegawai Memerintah 20 RAMD.

Pada majlis itu turut diadakan perarakan mengir- ingi keluar Abdul Rahim dan isteri menaiki kenderaan sambil ditarik menggunakan tali oleh anggota sebagai simbolik persaraan beliau dalam perkhidmatan.

Manakala 20 RAMD dipilih sebagai lokasi perbarisan penghargaan memandangkan batalion tersebut merupakan tempat pertama beliau ditauliahkan semasa menyertai ATM.

KESELAMATAN TERKAWAL: Zaki (dua kiri) pada sidang media. Turut kelihatan (dari kiri) Stephen, Abdul Rahim dan Zulkapri (kanan) di Miri semalam. Berita bertajuk ‘Mangsa kebakaran Long Panai terus terima pelbagai sumbangan’ yang disiarkan pada 10 November lalu sebenarnya mangsa kebakaran di Long Palai, Baram. Kesilapan amat dikesali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.