21 Disember perbicaraan lelaki nafi tuduhan khianat

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Mahkamah Majistret Miri menetapkan 21 Disember depan perbicaraan kes seorang lelaki menafikan tuduhan melakukan khianat sehingga merosakkan cuping besi pagar rumah didiami seorang lelaki warga asing.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM1,500 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Yapp Eng How, 44, dari Jalan Green Ville, Jalan Senadin di sini didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh dituduh melakukan khianat dengan merosakkan cuping besi pagar menempatkan mangga kunci pagar rumah didiami seorang warga Amerika, Kenneth Ray Szulczyk.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 11.30 malam, pada 1 Julai 2016 di sebuah lot, Jalan Desa Senadin di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.