Lelaki dipenjara tiga bulan kerana ugut anak saudara

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Gara-gara melakukan ugutan jenayah terhadap anak saudara, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Miri kelmarin.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh jatuh hukuman semalam.

Mohamad Yusof Yun, 44, dari Tudan Fasa 4 di sini didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh mem- bawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak membunuh seorang anak saudaranya, Norsiah Joni sambil menunjukkan sebilah pisau ke arah mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 11.45 pagi, pada 9 November lalu di rumah keluarganya di Tudan Fasa 4 di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.