MDK laksana Local Agenda 21, program pembangunan komuniti

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KAPIT: Majlis Daerah Kapit (MDK) berjaya melaksanakan Local Agenda 21 (LA21) dan program pembangunan komuniti di enam kawasan sepanjang tahun ini.

Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong memuji usaha MDK memandangkan program itu memberi impak positif kepada pembangunan di luar bandar khususnya rumah panjang.

“Melalui program ini, MDK mendidik penduduk menjaga kebersihan di rumah panjang di samping melindung dan memulihara alam sekitar menerusi program LA21.

“Manakala ceramah pelbagai agensi kerajaan menerusi program pembangunan komuniti memberi peluang kepada rakyat maju ke hadapan,” katanya pada Program LA21 dan Pembangunan Komuniti Zon Belaga di Uma Sekapan Panjang, Baleh.

Menurut Ugak, program itu amat baik kerana membabitkan masyarakat peringkat akar umbi selain memberi peluang kepada

mereka bertemu wakil rakyat dan pelbagai agensi kerajaan.

Menyentuh mengenai pem- bangunan, beliau memberitahu bahawa cadangan projek Tebingan Sungai Belaga oleh MDK menjadi landskap baharu pekan Belaga.

“Projek tebingan sungai amat penting dijadikan aktiviti seperti Belaga Rainforest Challenge dan Belaga Fest.

Mengenai penyenggaraan jalan dari Menjawah ke Belaga, Ugak berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka menjalankan kerja- kerja membaiki jalan tersebut dengan anggaran RM30 juta.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat bersabar dan terus memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) akan datang.

Ugah turut menyampaikan geran RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Uma Sekapan Panjang dan RM6,000 kepada Biro Wanita JKKK Uma Sekapan.

Hadri sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Mujah dan Kedoh Tajang, Wali Kota MDK Philimon Nuing, Timbalannya Lawrence Listin Baling, Setiausahanya Jabang Juntan serta pengerusi penganjur Among Matu.

PROGRAM KOMUNITI: Among (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Ugak pada perasmian program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.