3.6 juta rakyat Malaysia hidap diabetes

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR: Kes diabetes terus meningkat di negara ini dengan anggaran kira- kira 3.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kira-kira 1.8 juta lagi rakyat Malaysia mungkin ada diabetes tetapi mereka tidak menyedarinya kerana tidak pernah menjalani saringan kesihatan.

Melalui saringan yang tetap dan berkala, penyakit diabetes dapat dikesan pada peringkat awal dan rawatan optimum boleh diberikan, katanya dalam kenyataan sempena Hari Diabetes Sedunia.

“Ini akan mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes dan membolehkan pesakit diabetes menjalani kehidupan yang normal,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.