Then, Adeline pemenang pertama, kedua Yeo’s Natural Beauty Contest

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Then Si Joo dan Adeline Yan Yun Bing masing-masing telah diumumkan sebagai pemenang pertama dan kedua Yeo’s Natural Beauty Contest semalam.

Then seorang usahawan membawa pulang wang tunai RM3,000 bersama produk Yeo’s sementara Adeline seorang penuntut membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000 berserta produk Yeo’s.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan Pengurus Jualan Yeo Hiap Seng Trading Sdn Bhd Kuching Tay Boon Huat di pejabat See Hua Daily News di sini semalam.

Turut hadir sama Pengurus Berita Wilayah See Hua Daily News Chia Chiew Boon.

Peraduan tersebut berlangsung sejak 16 Ogos lepas bagi mempromosikan gaya hidup sihat.

Media rasmi peraduan adalah The Borneo Post, See Hua Daily News dan Utusan Borneo.

Peserta perlu mengambil gambar mereka sendiri dengan minuman paket atau tin atau botol Yeo’s Green Tea.

PEMENANG: Chia (kiri) Tay (dua kiri) bergambar bersama untuk kenangan selepas majlis penyampaian hadiah kepada Then (tengah) dan Adeline (tiga kanan) di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.