Superhero Children’s Camp 2017, 30 Nov-2 Dis

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Superhero Children’s Camp 2017 akan diadakan bermula 30 November hingga 2 Disember menyasarkan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun di Bangunan Koperasi Hijau, Jalan Setia Raja di sini.

Menurut pengerusi penganjur, John King berkata ia merupakan sebuah penganjuran bersama dengan jawatankuasa daripada gereja-gereja sebagai pengisian sempena cuti sekolah.

Tujuan utama penganjurannya adalah untuk pengayaan komuniti dan jangkauan kanak- kanak dengan tema watak adiwira kegemaran masing- masing.

Antara lain, terdapat aktiviti sukan air, pertunjukan fesyen adiwira, pertunjukan silap mata dan banyak lagi.

Kanak- kanak tersebut berpeluang berseronok sambil menimba pengalaman serta pengetahuan baharu bersama rakan seangkatan mereka.

Setiap kanak-kanak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang, iaitu yuran bagi pembiayaan makanan sepanjang tempoh tiga hari kem itu berlangsung.

Cenderamata turut diberikan kepada kanak-kanak yang menyertai kem tersebut.

Pendaftaran penyertaan hanya terhad kepada penganut beragama Kristian dan sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke talian 012-3463724 (Dorothy) atau Christina di talian 0164885121.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.