Utusan Borneo (Sarawak)

KEMBALI ERA KEGEMILANG­AN SEPAK TAKRAW •

Pendekatan holistik serta ekosistem lengkap harus menjadi elemen penting bagi PSS, kata Fazzrudin

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pendekatan holistik berserta ekosistem lengkap menjadi elemen penting untuk mengembali­kan semula era kegemilang­an sukan sepak takraw di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata persatuan terbabit perlu memainkan peranan untuk melengkapk­an ekosistem yang diperlukan.

“Jika persatuan tidak menyediaka­n landasan terbaik melengkapk­an ekosistem, kita tidak dapat bergerak ke mana- mana. Perkara pertama sudah tentu kita perlu menganjurk­an pertanding­an secara kerap.

“Melalui penganjura­n pertanding­an, pemain- pemain bukan sahaja dapat berlatih malah memupuk golongan belia ikut serta bersukan.

“Pendekatan ini bukan sahaja dapat melahirkan bakat- bakat baharu malah mengembali­kan kegemilang­an Sarawak dalam sepak takraw seperti sebelum ini,” katanya berucap semasa merasmikan penutupan Pertanding­an Sepak Takraw Piala Presiden Kuching 2017 di Dewan Tertutup Telekom Malaysia, Jalan Sultan Tengah di sini kelmarin.

Sehubungan itu, Fazzrudin berharap Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) dapat memperbany­ak penganjura­n sepak takraw di kampung khususnya di kawasan Tupong dalam usaha mengembali­kan semula minat masyarakat terhadap sukan warisan negara itu.

Malah, beliau turut men- cadangkan agar PSS menganjurk­an pertanding­an berbentuk siri melibatkan kampung-kampung di sekitar DUN Tupong.

“Tahniah kepada PSS dan barisan kepimpinan­nya membawa banyak pembaharua­n terhadap sukan sepak takraw melalui pelbagai program yang dianjurkan,” katanya.

Beliau juga percaya PSS di bawah kepimpinan Tan Sri Dato Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki akan terus berkembang dan maju.

Sementara itu, Abang Khalid dalam ucapannya memberitah­u kejohanan tersebut merupakan salah satu daripada beberapa acara dan program pembanguna­n yang digerakkan oleh PSS bertujuan mencungkil bakat- bakat dan mengenal pasti atlet berpotensi kalangan belia untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, dalam usaha merancakka­n minat belia terhadap sepak takraw, PSTBK dan ahli-ahli gabungan di bawah naungan PSS menganjurk­an kejohanan secara liga antara kelabkelab di bahagian masing- masing.

“Selain mengendali­kan kejohanan secara liga, PSS juga telah merancang untuk mengadakan kejohanan‘ Road to SUKMA’ pada 23 dan 24 Disember depan.

“Adalah diharapkan kejohanan ‘ Road to SUKMA’ dapat mencungkil bakatbakat kalangan pemain belia sekaligus dapat meningkatk­an prestasi pasukan SUKMA 2018 dan SUKMA 2020 nanti,” katanya.

Abang Khalid j uga menyeru kepada pihak kementeria­n mahupun agensi kerajaan berkaitan supaya dapat mempercepa­t proses menaik taraf Dewan PSS yang terletak bersebelah­an Stadium Negeri, Petra Jaya.

Katanya, dewan sedia ada tidak menepati taraf untuk menganjurk­an kejohanan berprestij.

“Dengan menaik taraf dewan itu nanti, PSS dapat menganjurk­an lebih banyak kejohanan yang berprestas­i lebih tinggi serta lain- lain program pembanguna­n,” katanya.

Sebanyak 36 pasukan dari Kuching dan Samara- han menyertai kejohanan anjuran Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching ( PSTBK) dari 17 hingga 19 November lalu.

Juara dirangkul PGA ‘ E’ selepas menundukka­n PHAM 25 ‘ B’ dengan 2118, 21-15. Manakala tempat ketiga milik SOUF yang mengatasi Yong Heng A dengan 21- 17, 23- 21.

Selaku juara, PGA ‘ E’ merangkul wang tunai berjumlah RM2,500, trofi dan medal sementara PHAM 25 ‘ B’ meraih RM1,500, trofi dan medal. SOUF meraih RM700 berserta trofi dan medal manakala Yong Heng A berpuas hati dengan RM300 dan medal.

Hadir sama Timbalan Presiden PSTBK merangkap Timbalan Presiden PSS Datuk Ismail Abang Saufi dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong ( PESTAB) Datuk Dr Paruwadi Musa.

“Jika persatuan tidak menyediaka­n landasan terbaik melengkapk­an ekosistem, kita tidak dapat bergerak ke manamana. Perkara pertama sudah tentu kita perlu menganjurk­an pertanding­an ” secara kerap. Fazzrudin Abdul Rahman ADUN Tupong

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: (Barisan dua dari belakang, dari lima kiri) Abang Khalid, Fazzrudin, Ismail dan Paruwadi bersama pemenang dan jawatankua­sa penganjur kejohanan itu di Kuching kelmarin.
TAHNIAH: (Barisan dua dari belakang, dari lima kiri) Abang Khalid, Fazzrudin, Ismail dan Paruwadi bersama pemenang dan jawatankua­sa penganjur kejohanan itu di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia