Utusan Borneo (Sarawak)

Ibrahimovi­c percaya United boleh ‘kejar’ City

-

MANCHESTER, England: Zlatan Ibrahimovi­c percaya Manchester United boleh mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City selepas beliau dan Paul Pogba kembali beraksi lama berehat kerana kecederaan.

Penyerang veteran antarabang­sa Sweden itu dimasukkan pada lewat perlawanan ketika United menewaskan Newcastle United 4-1 Sabtu lepas, aksi pertama beliau semenjak kecederaan serius di bahagian lutut pada bulan April.

Kepulangan beliau mendapat respon mengharuka­n dari pengurus United, Jose Mourinho, yang juga dapat menurunkan semula pemain paling mahal kelab, Pogba, yang diturunkan dalam kesebelasa­n utama menentang Newcastle di mana beliau menjaringk­an gol dan mengumpan gol penyamaan kelab.

“Saya fikir kami boleh mengejar Man City, kenapa ia tidak dapat dilakukan?” kata Ibrahimovi­c.

“Kami semua berada di sini kerana kami mahu menang dan kami perlu menang kerana mereka (City) di tangga pertama.

“Saya boleh bercakap tentang apa yang Paul bawa – kualiti besar. Hari ini, ia kelihatan beliau seperti tidak berehat selama sebulan, beliau membawa kualiti besar, kualiti berbeza dan saya membawa pengalaman saya.

“Saya cuba membantu pasukan dan melakukan apa yang dapat saya lakukan. Minggu ini pengurus berasa sangat gembira kerana beliau mempunyai skuad penuh buat kali pertama musim ini dan sebagai jurulatih, anda mahukan semua ini.

“Saya fikir ada kemungkina­n untuk memenangi segala- galanya. Kami melakukann­ya musim lepas dan memenangi dua kejuaraan dan kami juga lebih kuat musim ini. Kami percaya kami boleh melakukann­ya.” — AFP WATFORD, England: David Moyes memulakan kerjaya sebagai pengurus West Ham United dengan kekalahan apabila pasukannya tewas 0-2 kepada Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Moyes membimbing West Ham buat kali pertama selepas dilantik menggantik­an Slaven Bilic, yang dipecat dua minggu lepas.

Tetapi bekas pengurus Manchester United dan Everton itu gagal mengubah nasib pasukan dengan segera.

Will Hughes meletakkan Watford di hadapan dalam separuh masa pertama sebelum gol Richarliso­n selepas rehat melanjutka­n tempoh tanpa menang West Ham kepada lima perlawanan.

West Ham kekal dalam zon penyingkir­an, satu mata dari zon selamat selepas Moyes mengambil alih tugas yang menyebabka­n Bilic dipecat.

Terdesak untuk memulihkan reputasi beliau selepas gagal membantu Sun-

Saya sentiasa memikirkan ini adalah tugas besar. Beberapa pemain terkenal dengan reputasi besar paling mengecewak­an saya. David Moyes Pengurus baharu West Ham United

derland mengelak penyingkir­an dari Liga Perdana musim lepas, Moyes menerima kontrak jangka pendek untuk memb i m b - ing West Ham. Kegagalan beliau di Sunderland, Manchester United dan Real Sociedad telah mencemarka­n rekod baik beliau k e - t i k a membimbi n g E v e r - ton dan b e l i a u t i d a k m a m p u u n t u k mencipta satu lagi rekod buruk di West Ham.

West Ham juga tidak mempamerka­n aksi memberangs­angkan dengan Moyes pastinya perlu melakukan lebih banyak lagi usaha untuk membawa pasukannya keluar dari zon penyingkir­an.

“Saya sentiasa memikirkan ini adalah tugas besar. Beberapa pemain terkenal dengan reputasi besar paling mengecewak­an saya,” kata Moyes.

“Saya fikir mereka seharusnya menunjukka­n aksi lebih baik. Mereka perlu menunjukka­n kepada saya kenapa mereka memiliki reputasi hebat itu.

“Saya tidak gembira dengan prestasi pemain dan saya menjangkak­an pasukan bermain lebih baik lagi.”

Selepas tiga kekalahan berturut-turut, kemenangan selesa Watford menunjukka­n kenapa Everton cuba memujuk pengurus kelab, Marco Silva ke Everton.

Watford setakat ini telah menolak tawaran Everton untuk Silva, yang hanya membimbing kelab musim ini.

“Pemain saya bekerja dengan saya. Mereka tahu komitmen saya. Masa depan saya adalah esok dan mula membuat persediaan untuk perlawanan seterusnya,” kata Silva.

Hughes membuka jaringan seawal minit ke- 11 apabila merembat bola dari umpanan Andre Gray selepas pertahanan West Ham hilang fokus.

Watford mengancam untuk menambah jaringan dengan Gray berganding­an cantik dengan Richarlisi­on tetapi cubaan Richarliso­n ditepis penjaga gol Joe Hart sebelum tolakan susulan bola muntah dari Kiko Femenia tersasar.

Cheikhou Kouyate mempunyai peluang untuk mengikat kedudukan tetapi rembatan beliau ditepis penjaga gol Watford, Heurelho Gomes.

Gomes juga menepis satu cubaan Marko Arnautovic tidak lama selepas itu.

Kouyate sekali lagi mensia-siakan peluang pada awal separuh masa kedua sebelum Richarliso­n menambah jaringan buat Watford pada minit ke- 64 untuk menamatkan sebarang kebangkita­n West Ham. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KAWAL KETAT: Carroll (kiri) diasak oleh dua pemain Watford ketika bersaing pada aksi liga di Vicarage Road, Watford pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters KAWAL KETAT: Carroll (kiri) diasak oleh dua pemain Watford ketika bersaing pada aksi liga di Vicarage Road, Watford pada Ahad lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? GOL KEDUA: Lorenzo ( kanan) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol kedua Valencia.
— Gambar AFP GOL KEDUA: Lorenzo ( kanan) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol kedua Valencia.
 ??  ?? MOYES
MOYES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia