Utusan Borneo (Sarawak)

Bujang Nor angkat sumpah Pemangku TYT

-

KUCHING: Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Pemangku Yang di-Pertua Negeri Tan Sri Datuk Amar Bujang Nor berlangsun­g di Astana Negeri, semalam.

Beliau akan memangku jawatan mulai semalam hingga 7 Januari 2018 berikutan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sedang bercuti.

Istiadat Angkat Sumpah dimulakan dengan bacaan Surat Cara Pelantikan Pemangku Yang di- Pertua Negeri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Seterusnya, Bujang menandatan­gani Surat Ikrar disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Datuk Stephen Chung Hian Guan.

Ia merupakan kali kedua Bujang memangku jawatan berkenaan dan kali pertama pada Disember 2015.

Istiadat turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Pembanguna­n Keusahawan­an dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais dan Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia