Utusan Borneo (Sarawak)

Seroja 79 harum nama Limbang muncul naib juara Pertanding­an Gendang Melayu

-

LIMBANG: Kumpulan Seroja 79 mengharumk­an nama Limbang apabila muncul naib juara pada Pertanding­an Gendang Melayu Sarawak 2017 sempena Festival Gendang Sarawak yang diadakan di Tebingan Kuching baru-baru ini.

Ketua rombongan Sijim Julak berkata, selaku naib juara mereka membawa pulang wang tunai RM2,000 dan piala.

Hadiah kemenangan disampaika­n oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada pertanding­an itu, Kumpulan Sri Kenyalang dari Samariang, Kuching merangkul juara membawa pulang RM3,000 dan ketiga Kumpulan Mukun Tukuk Kamek (Kuching) yang menerima RM500.

Seramai 10 kumpulan meny- ertai pertanding­an terbabit iaitu tujuh kumpulan dari Sarawak dan tiga dari Pontianak Indonesia.

Menurut Sijim, seramai 10 ahli rombongan Kumpulan Seroja 79 menyertai pertanding­an itu berangkat ke Kuching menggunaka­n pengang- kutan bas.

“Pengalaman dalam industri mukun yang kerap disertai di peringkat daerah menjadi faktor utama kepada kemenangan kumpulan kami,” katanya semalam.

Beliau turut berterima kasih kepada wakil rakyat termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dan Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah yang menghulurk­an dana untuk mereka menyertai pertanding­an itu.

 ??  ?? NAIB JUARA: Kumpulan Seroja 79 bergambar bersama tetamu kehormat ketika menerima hadiah pada pertanding­an itu baru-baru ini.
NAIB JUARA: Kumpulan Seroja 79 bergambar bersama tetamu kehormat ketika menerima hadiah pada pertanding­an itu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia