Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pemain hoki SMK Bintulu dipilih sertai latihan berpusat di Kuching

-

KUCHING: Dua pemain hoki dari SMK Bintulu dipilih menyertai latihan berpusat di Stadium Hoki Sarawak sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 8 hingga 17 Disember depan.

Ketua Jurulatih, Sri Sakrunatha­n @ Murti Subramania­m berkata dua pemain terbabit, Raylence Ajeng Rajih dan Mi- roslave Aricsson dipilih setelah mempamerka­n prestasi memberangs­angkan semasa Pembanguna­n Hoki Antara Pusat SSC/MSNS.

“Raylence dan Miroslave hanya pemain dipilih dari Bintulu, dua lagi dari Miri, dua dari Sibu dan selebihnya di Kuching. Latihan berpusat diadakan dari 25 November hingga 5 Disember dan kita menghantar senarai muktamad 18 pemain ke kejohanan kebangsaan itu,” katanya di sini semalam.

Sakrunatha­n akan dibantu Ali Rahman Rasid dari SMK Bako manakala Mahadir Mohamad dari SMK Serian selaku pengurus pasukan.

Raylence dan Miroslave antara 34 pemain dari SMK Bintulu dan lima dari SMK Mukah menyertai kem latihan di Stadium Hoki Sarawak pada 13 hingga 16 November lalu.

Kem latihan itu memberi pengalaman berharga kepada pemain-pemain kerana buat pertama kalinya mereka berpeluang bermain di atas padang besar menggunaka­n rumput tiruan

Ia dikendalik­an oleh Ketua Jurulatih Sarawak, C Sivasubram­aniam sambil dibantu Sakrunatha­n, Netty Elvis, Beatrice Sawin, Pamela Tia dan Echa Samantha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia