Utusan Borneo (Sarawak)

Apa Itu Cinta bersama DJ Lin terus dapat sambutan dalam musim kedua

-

PROGRAM Apa Itu Cinta merupakan sebuah program bual bicara yang membincang­kan kisah cinta selebriti popular tanah air bersama pasangan telah meraih lebih setengah juta tontonan di Facebook dan lebih dua juta jangkauan penonton menerusi 8 episod yang ke udara menerusi radio, Suria FM & secara live di Facebook Suria Malaysia.

Program di bawah kelolaan DJ Lin, penyampai radio Suria Cinta ini bersiaran selama satu jam secara langsung di Facebook Suria Malaysia setiap hari Rabu jam 10.00 malam.

Akim, Stacy, Sherry Alhadad, Norman Hakim & Memey Suhaiza, Aliff Aziz & Bella, Nora Ariffin, Tajul, Wany Hasrita dan Joy Revfa adalah selebriti tanah air yang dijemput menjadi tetamu untuk musim kedua ini.

Musim kedua program Apa Itu Cinta telah pun bersiaran pada 6 September yang lepas dengan selebriti jemputanny­a yang pertama iaitu Hafiz Hamidun. Perkongsia­n kisah kontrovers­i perkahwina­nnya bersama Joy Revfa yang ditonton melalui Facebook dan Youtube Suria Malaysia mencatatka­n jangkauan penonton yang paling tinggi iaitu hampir 130,000 tontonan sepanjang episod Apa Itu Cinta musim kedua bersiaran.

“Jumlah tontonan dan jangkauan yang kami terima melalui Facebook dan Youtube Suria Malaysia melepasi sasaran awal yang kami jangkakan. Tentunya ini membuatkan kami akan terus berusaha memberikan dan menghasilk­an programpro­gram original yang lebih interaktif dan menghiburk­an,” kata Shahida Azad Jamaludin, Pengurus Kanan Pengurusan Penjenamaa­n dan Digital Suria.

“Terima kasih kepada selebriti yang meluangkan masa menghadiri program ini dan peminat setia Apa Itu Cinta kerana tanpa sokongan mereka, Apa Itu Cinta tidak mungkin berada di tahap ini,” kata Roslinda Abd Majid, Pengurus Program Suria.

Program yang berlangsun­g selama satu jam ini menjanjika­n yang terbaik dengan pembabitan penerbit yang berpengala­man seperti Ahmad Shaifulliz­am (Gbam) dan Ayu Syuhara.

Juga, ikuti rancangan terbaru kendalian Fizi Ali, Popcorn Suria yang memberikan informasi serta review filem-filem terbaru 2017.

Dapatkan maklumat dan perkembang­an terkini berkenaan Suria di laman web suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMal­aysia.

 ??  ?? Bersama Hafiz Hamidun.
Bersama Hafiz Hamidun.
 ??  ?? Bersama Aliff Aziz & Bella.
Bersama Aliff Aziz & Bella.
 ??  ?? Bersama Akim & Stacy.
Bersama Akim & Stacy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia