Utusan Borneo (Sarawak)

Polis siasat kes lelaki AS bekas tahanan Korea Utara ditemui mati terbakar

-

LOS ANGELES: Beberapa detektif di San Diego sedang menyiasat kematian misteri seorang lelaki yang menjadi tajuk utama muka depan pada 2010 ketika bekas Presiden Jimmy Carter membantu berunding bagi pembebasan­nya dari Korea Utara.

Seorang anggota Peronda Lebuh Raya California yang tidak bertugas telah menemui mayat Aijalon Mahli Gomes, 38, terbakar pada Jumaat lepas di Mission Bay Park di bandar tersebut, menurut pihak polis, sambil menambah bahawa beliau telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal menunjukka­n kematian adalah bukannya satu homisid namun sebaliknya satu kematian akibat kemalangan atau bunuh diri,” menurut Todd Griffin, seorang jurucakap bagi jabatan polis di bandar tersebut.

Gomes, seorang guru bahasa Inggeris yang baharu berpindah ke San Diego dari kampung halamannya Boston, telah ditangkap di Korea Utara kerana memasuki secara haram negara itu dari China pada Januari 2010.

Dia telah dijatuhkan hukuman kerja berat selama lapan tahun dan dia telah cuba membunuh diri ketika berada dalam tahanan, menurut agensi berita Korea Utara KCNA.

Carter telah pergi secara rahsia ke negara Asia Timur pada Ogos pada tahun itu untuk meminta pihak kepimpinan­nya agar mem- bebaskan banduan berprofil tinggi dan Gomes telah diberikan pengampuna­n yang jarang dilakukan oleh pemimpin ketika itu, Kim Jong-Il.

Gomes, yang bertugas di Korea Selatan sebelum penahanann­ya dan telah dikatakan oleh rakan setugasnya sebagai seorang penganut Kristian yang baik, menulis tentang pengalaman pahitnya di dalam satu autobiogra­fi tahun 2015 bertajuk “Violence and Humanity.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia