Utusan Borneo (Sarawak)

APM tangkap buaya masuk kawasan rumah penduduk di Kampung Spaoh

-

SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Betong berjaya menangkap seekor buaya di kawasan kediaman salah seorang penduduk di Kampung Spaoh di sini, semalam.

Pegawai APM Daerah Betong Sarjan Hasla Deli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kehadiran buaya sepanjang enam kaki itu di belakang rumah penduduk terbabit sekitar jam 11.10 pagi.

“Laporan dibuat pemilik rumah terbabit kerana risau keselamata­n keluarga dan ternakanny­a.

“Sebaik menerima maklumat, seramai lima anggota APM bergerak ke rumah penduduk terbabit dan berjaya menangkap buaya itu dalam tempoh 15 minit,” katanya.

Buaya tersebut dibawa ke Pejabat APM Betong sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia