Utusan Borneo (Sarawak)

SEDC kongsi kemeriahan Aidilfitri dengan murid tujuh sekolah rendah

-

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) berkongsi kemeriahan Aidilfitri bersama murid daripada tujuh sekolah rendah dalam bahagian Kuching semalam.

Ia merupakan edisi kedua Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri itu dianjurkan pihak SEDC di sini semalam.

Murid- murid berkenaan adalah daripada Sekolah Kebangsaan ( SK) Gersik, SK Tabuan Ulu, SK Tabuan Hilir, SK St Andrew Kuching, SK Stapok, SK Binyu Padawan dan SJK Chung Hua Pending.

Majlis tersebut dirasmikan Pengurus Besar SEDC Soedirman Aini.

Beliau turut ditemani Timbalan Pengurus Besar Sektor Perkhidmat­an Korporat SEDC Rakayah Hamdan dan Timbalan Pengurus Besar Sektor Komersil SEDC Edwin Abit.

“Saya berharap majlis akan memberi lebih banyak keceriaan kepada murid dan dapat menyuntik motivasi untuk mencapai kecemer- langan dalam akademik masing-masing,” katanya.

Beliau juga memberi penghargaa­n kepada warga guru yang berdedikas­i dalam usaha meningkatk­an pencapaian akademik tanpa mengira perbezaan di sekolah-sekolah berkenaan.

Katanya majlis tersebut adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi balik kepada komuniti di bawah tanggungja­wab sosial korporat(CSR).

 ??  ?? TERIMALAH: Soedirman (dua kanan) menyerahka­n duit raya dan sedikit buah tangan kepada murid-murid sambil ditemani Edwin (kanan).
TERIMALAH: Soedirman (dua kanan) menyerahka­n duit raya dan sedikit buah tangan kepada murid-murid sambil ditemani Edwin (kanan).
 ??  ?? SERTAI KAMI: Fung (kiri) bersama pensyarah daripada Fakulti Perniagaan, Rekaan dan Seni di Swinburne Sarawak.
SERTAI KAMI: Fung (kiri) bersama pensyarah daripada Fakulti Perniagaan, Rekaan dan Seni di Swinburne Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia