Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden STU cadang infrastruk­tur teknologi di sekolah dipertingk­at

-

S I B U : K e m e n t e r i a n Pendidikan akan mengkaji secara terperinci cadangan untuk mewujudkan polisi bagi membenarka­n pelajar membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah sebagai membantu proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP).

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Jisin Nyud berkata, perkara ini sangat penting untuk memastikan pelaksanaa­nnya tidak terhenti separuh jalan.

Katanya, pelbagai aspek perlu dilihat secara mendalam termasuk daripada sudut keselamata­n serta prasarana teknologi yang ada.

“Saya berpendapa­t dengan keadaan infrastruk­tur teknologi sekarang ini, saya fikir penggunaan gajet dan peranti elektronik di sekolah tidak membawa banyak manfaat.

“K i t a m e m p u n y a i komputerri­bauntukkeg­unaan pelajar tetapi pelajar perlu menyediaka­n kad sim sendiri untuk melayari Internet, tidak masuk akal kerana ramai tidak mampu berbuat demikian.

“Kemudahan Wi-Fi yang disediakan di sekolah juga masih belum dapat menjamin gajet dan peranti elektronik dapat membantu proses PDP kerana kelajuanny­a amat perlahan,” ujar beliau.

Menurut Jisin, apa yang lebih penting ialah penyediaan infrastruk­tur teknologi di setiap sekolah terutama makmal komputer.

“Kita semua sedia maklum bahawa alat- alat ini perlu dikemas kini dan sekiranya infrastruk­tur teknologi ini tidak disediakan sudah pasti cadangan tersebut jika dilaksanak­an tidak mencapai matlamat yang diharapkan,” jelas beliau.

Justeru katanya, cadangan membawa gajet dan peranti ke sekolah harus diteliti sedalamdal­amnya.

 ??  ?? JISIN
JISIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia