Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar tahfiz pernah bergaduh dengan individu luar: Pengetua

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraa­n kes dua remaja yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, dalam satu kebakaran tragis tahun lalu, diberitahu bahawa pernah berlaku pergaduhan antara pelajar tahfiz itu dengan individu luar.

Pengetua pusat berkenaan, Ustaz Mohd Zahid Mahmood, 48, berkata pergaduhan itu difahamkan berpunca ekoran perebutan kawasan gelanggang untuk bermain futsal.

“Saya dapat maklumat daripada seorang ustaz di pusat tahfiz, beritahu ada kes, ada sedikit pergaduhan (antara pelajar tahfiz dan individu luar).

“Orang kawasan situ kata ini tempat kami punya, kawasan ni kami ‘conquer’ (kuasai), jadi tak bolehlah main, tapi budak-budak tahfiz kata kami yang sampai dulu,” katanya ketika pemeriksaa­n utama Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraa­n hari ketujuh kes itu semalam.

Saksi pendakwaan ke17 itu bagaimanap­un berkata pergaduhan itu dikira selesai selepas ustaz berkenaan meminta pelajar tahfiz bermain di kawasan lain kerana tidak mahu terus berbalah dengan individu luar tersebut.

Othman kemudian meminta saksi itu memandang ke arah dua tertuduh yang duduk di kerusi luar kandang tertuduh dan bertanyaka­n adakah saksi mengenali kedua-dua remaja itu.

Mohd Zahid yang membahasak­an dirinya ‘ustaz’ bagaimanap­un berkata, “ustaz memang tidak kenal.”

Selain itu Mohd Zahid memberitah­u pelajarpel­ajar tahfiz berkenaan diberikan waktu untuk beriadah di kawasan taman atau padang berhampira­n pusat tahfiz dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu atau hari tambahan pada Isnin atau Selasa.

“Mereka dipantau oleh tiga orang ustaz, yang mengiringi mereka (beriadah) dan bermain bersama,” katanya menambah pelajar tahfiz hanya bermain sesama sendiri dan tidak bermain dengan orang luar.

Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa bersamasam­a membunuh dan menyebabka­n kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h, di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seksyen 97( 1) Akta Kanak-kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhka­n hukuman penjara selama mana diperkenan­kan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintah­kan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Dalam kejadian yang berlaku kira- kira jam 5.15 pagi, 14 Sept 2017, seramai 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangk­ap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz itu yang terbakar.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia