Utusan Borneo (Sarawak)

Jho Low melarikan diri dari Hong Kong ke Macau dengan menaiki feri

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu respons pihak berkuasa Macau bagi memberkas ahli perniagaan kontrovers­i yang dikaitkan dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Jho Taek Low atau lebih dikenali Jho Low yang dipercayai berada di sana.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau difahamkan ahli perniagaan itu telah melarikan diri dari Hong Kong ke Macau dengan menaiki feri.

“Sebelum ini, kita telah menghantar pasukan ke Hong Kong bagi menjejaki Jho Low setelah dimaklumka­n oleh pihak berkuasa di sana, namun apabila tiba di sana, suspek telah melarikan diri menuju ke Macau melalui jalan laut.

“Bagaimanap­un, kita telah menghantar permohonan rasmi ke Macau berikutan kes ini.

Kita juga telah menghantar notis merah bagi memohon bantuan negara-negara lain seperti Emiriah Arab Bersatu ( UAE), Indonesia, India, Myanmar, China, Hong Kong melalui Polis Antarabang­sa (Interpol) dan Taiwan melalui saluran diplomatik.

“Sekarang, kita perlu menunggu respons daripada Macau bagi membolehka­n kita mengambil tindakan dalam memburu Jho Low,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke- 83, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) di sini, semalam.

Mesyuarat itu bagi membincang­kan prestasi kewangan terkini koperasi berkenaan.

Pada 5 Julai lepas, polis mengesahka­n Jho Low yang sedang diburu berhubung siasatan skandal 1MDB sudah melarikan diri ke Macau.

Pada 15 Jun lepas, Jabatan Imigresen telah membatalka­n pasport milik ahli perniagaan itu atas permohonan SPRM berikutan Jho Low diperlukan bagi membantu siasatan skandal itu. — Bernama

Kita juga telah menghantar notis merah bagi memohon bantuan negaranega­ra lain seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, India, Myanmar, China, Hong Kong melalui Polis Antarabang­sa (Interpol) dan Taiwan melalui saluran diplomatik. ” Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Mohamad Fuzi (tengah) dan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) Tan Sri Hussin Ismail (hadapan, tiga kanan) bergambar bersama perwakilan KPDRM pada Mesyuarat Agung Perwakilan KPDRM Tahunan ke-83 di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Mohamad Fuzi (tengah) dan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) Tan Sri Hussin Ismail (hadapan, tiga kanan) bergambar bersama perwakilan KPDRM pada Mesyuarat Agung Perwakilan KPDRM Tahunan ke-83 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia