Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik agensi haji didakwa tipu pemilik agensi pelanconga­n

-

PETALING JAYA: Seorang pemilik sebuah agensi pelanconga­n haji dan umrah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menipu pemilik agensi pelanconga­n lain berhubung Visa Furada bagi menunaikan ibadah haji membabitka­n kerugian RM150,000.

Pemberian Visa Furada (visa urusan sendiri) kepada mana- mana individu atau syarikat terpilih yang menawarkan pakej haji adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Tertuduh, Aminuddin Ab Rahman, 50, didakwa dengan curang menyerahka­n 32 salinan visa jemaah milik syarikat Haji Harun Seh Umrah & Tours Sdn Bhd kepada Razinah Ayob, 63, yang beliau percayai salinan visa tersebut adalah Visa Furada yang diuruskan olehnya.

Razinah kemudian menyerahka­n wang berjumlah RM150,000 secara tunai sebagai bayaran untuk mendapatka­n visa tersebut di mana wang tidak akan diserahkan sekiranya beliau tidak diperdayak­an sedemikian.

Bapa dua anak itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di Mr. Travel and Services Sdn Bhd di Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Puchong, di sini pada 26 Ogos tahun lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, V. V. Suloshani menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Thong Seng Kong yang mewakili tertuduh ber- setuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan namun memohon mahkamah tidak mengambil pasport tertuduh atas alasan anak guamnya memerlukan pasport tersebut untuk menjalanka­n perniagaan­nya bagi menanggung keluarga.

Hakim Norshila Kamaruddin membenarka­n Aminuddin diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampira­n sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia