Utusan Borneo (Sarawak)

Calon Speaker Dewan Rakyat sudah dimuktamad­kan: Dr Wan Azizah

-

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) sudah memuktamad­kan calon Speaker Dewan Rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumka­n nama Speaker Dewan Rakyat berkenaan sama ada semalam atau hari ini.

“Semalam (kelmarin) kita ( PH) mengadakan mesyuarat dan hanya ada satu calon,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini semalam.

Parlimen akan bersidang buat kali pertama selepas Pili- han Raya Umum Ke-14 pada Isnin depan (16 Julai).

Antara nama yang disebut sebagai calon Speaker Dewan Rakyat sebelum ini ialah bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini Tan Sri Dr Rais Yatim.

Turut dispekulas­ikan sebagai calon ialah veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Dr Wan Azizah ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Dr Wan Azizah ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia