Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan dibuka siri kedua kejohanan futsal NCS 4-5 Ogos

-

SIBU: Penyertaan bagi kejohanan futsal Nangka Challenge Series 2018 (NCS) siri kedua kini dibuka bagi pasukan yang berminat mengambil bahagian.

Pengerusi pengelola futsal NCS, Halel Mohamad Ibrahim berkata borang penyertaan boleh diperolehi dari TN Sports di sini.

“Seperti siri pertama hujung minggu lalu (7 dan 8 Julai), siri kedua ini terhad kepada 32 pasukan sahaja.

“Yuran penyertaan masih sama iaitu RM50 satu pasukan dan tarikh akhir menghantar borang pada 2 Ogos ini,” katanya.

Futsal NCS siri kedua dijadual berlangsun­g pada 4 dan 5 Ogos di Gelanggang Futsal Kampung Nangka dan Gelanggang Futsal Kampung Dato Baru.

Bagi siri pertama, kejohanan dimenangi pasukan VK mengalahka­n pasukan ZRO69 Familia dengan 3-2.

Dengan kemenangan itu, VK menerima hadiah wang tunai RM1,500, manakala ZRO69 Familia menerima RM1,000.

Tempat ketiga bersama dimenangi pasukan Naga Asmara dari Kapit dan Triplex B masing-masing menerima wang tunai RM250.

Dengan kemenangan itu, keempat-empat pasukan itu berjaya menempah tempat pada perlawanan akhir NCS 2018 dijadualka­n berlangsun­g pertengaha­n November hingga Disember nanti.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Halel 013-8117850.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia