Utusan Borneo (Sarawak)

Mental, fizikal lapan diselamat dari gua dalam keadaan baik

-

MAE SAI: Lapan budak lelaki pertama yang diselamatk­an dari sebuah gua Thai berada dalam keadaan mental yang baik dan sihat dari segi fizikal serta telah meminta coklat, kata pihak berkuasa semalam, walaupun dua diberikan antibiotik kerana pneumonia.

“Semua orang berada dalam keadaan mental yang baik,” Jesada Chokedamro­ngsuk, setiausaha tetap kementeria­n kesihatan awam, memberitah­u wartawan di hospital Chiang Rai.

“Tiada seorangpun daripada lapan budak lelaki itu mengalami demam pada hari ini,” tambah beliau dalam perkembang­an paling jelas mengenai keadaan budak lelaki yang diselamatk­an dari gua Tham Luang.

Budak lelaki tersebut, berusia 12- 16 tahun, adalah yang pertama dikeluarka­n pada Ahad dan kelmarin, sementara empat yang terakhir dan jurulatih mereka menghabisk­an malam ke-17 di dalam sana.

Beberapa pakar memberi amaran mengenai kemungkina­n kerosakan yang berpanjang­an akibat kejadian itu, sama ada melalui trauma dari segi psikologi atau jangkitan yang diperolehi di dalam gua.

Jesada berkata kumpulan tersebut sudah menjalani pemeriksaa­n sinar- X dan ujian darah, sambil menambah bahawa dua simptom yang kelihatan disyaki sebagai pneumonia namun sudah diberikan antibiotik dan berada dalam “keadaan normal”.

Beliau menyatakan kumpulan itu boleh makan, bergerak dan bercakap.

“Kesemua budak lelaki itu perlu berada di hospital selama seminggu untuk menunggu keputusan mereka dan untuk melihat sekiranya terdapat sebarang perubahan,” jelas beliau.

Thongchai Lertwilair­attanapong, Inspektor Jeneral Kementeria­n Kesihatan Awam, berkata empat budak lelaki yang pertama dibawa keluar pada Ahad lepas telah memakan makanan biasa.

“Mereka meminta coklat. Kami dapat melihat bahawa semua berada dalam keadaan baik apabila mereka boleh makan dengan baik,” ujar beliau.

Lapan budak lelaki itu masih dalam kuarantin namun sebahagian daripada ibu bapa dapat melihat anak-anak mereka melalui cermin.

Thailand menjadi tumpuan oleh misi menyelamat yang dramatik untuk menyelamat pasukan “Wild Boar” selepas mereka terperangk­ap di Tham Luang selama lebih dua minggu akibat air banjir yang naik.

Anggota penyelamat sedang bergegas untuk mengeluark­an baki anggota skuad dan jurulatih mereka ketika hujan lebat kembali melanda di wilayah utara, mengancam akan menyukarka­n fasa terakhir misi itu dengan membanjiri semula gua tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia