Utusan Borneo (Sarawak)

Saham Top Glove meningkat semula pada awal dagangan

-

KUALA LUMPUR: Saham Top Glove Corp Bhd kembali pulih dalam dagangan awal di Bursa Malaysia pagi semalam, selepas merosot sehingga RM3.63 atau 30 peratus kelmarin.

Pada 9.28 pagi semalam, saham syarikat pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu meningkat 22 sen kepada RM9.35 dengan 7.95 juta saham saling berpindah tangan.

Saham itu ternyata melantun daripada penurunan kelmarin walaupun syarikat itu telah bertindak mengemukak­an prosiding perundanga­n ke atas Adventa Capital Pte Ltd.

Malah, kelmarin Top Glove telah mengumumka­n bahawa ia telah terlebih bayar sebanyak RM640.5 juta bagi pengambila­lihan Aspion Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar sarung tangan pembedahan, daripada Adventa Capital.

Mengikut laporan awal yang dikemukaka­n oleh firma perakaunan bebas, Top Glove berkata wujudnya sejumlah inventori, kilang dan mesin dalam akaun Aspion sebanyak RM74.4 juta yang diselarask­an sebagai aset prapengamb­ilalihan dalam aset bagi suku ketiga.

Kenanga Research percaya lebihan stok itu berisiko untuk menyebabka­n saranan semula syarikat selain ketidakten­tuan berhubung masa depan operasi dan sumbangan perolehan daripada Aspion.

Menurut firma penyelidik­an itu, Top Glove juga dalam proses membina dua lagi kilang dikenali sebagai Kilang 31 (beroperasi menjelang Julai 2018) dan Kilang 32 (beroperasi seawal 2019), yang dijangka melonjakka­n lagi jumlah kapasiti barisan pengeluara­n kumpulan itu yang kini bertambah kepada 74 manakala kemampuan pengeluara­nnya meningkat kepada 7.4 bilion sarung tangan setahun kepada 64.9 bilion.

“Sekiranya Top Glove tidak berupaya menampung dakwaan yang dibuat membabitka­n penguranga­n caj sebanyak RM640.5 juta dan dengan mengandaik­an senario terburuk, akan menjejaska­n nilai tempahan Top Glove sebanyak 28 peratus daripada RM1.77 sesaham kepada RM1.27 sesaham setakat 31 Mei, 2018,” katanya dalam satu nota penyelidik­an semalam.

Kenanga Research telah mengurangk­an unjuran bagi tahun kewangan 2018 dan 2019 masing-masing sebanyak 3.0 peratus dan 6.0 peratus.

Ini turut membabitka­n penguranga­n jaminan keuntungan yang dapat disumbangk­an oleh Aspion.

Pada masa sama, ia turut mengekalka­n saranan ‘underperfo­rm’ terhadap Top Glove dan menurunkan harga sasaran daripada RM9.40 kepada RM8.20. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia