Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli KRT disaran melakukan kerja amal tanpa berat sebelah

-

BEAUFORT: Ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) disaran melakukan program atau aktiviti amal di kawasan masing-masing tanpa memilih orang tertentu sahaja.

Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah (Warisan) Parlimen Sipitang Mahadi Momin berkata, program dianjurkan itu haruslah sentiasa diadakan untuk merapatkan hubungan silatulrah­im demi kebaikan bersama.

“Perbelanja­an yang dikeluarka­n oleh pihak kerajaan melalui Rukun Tetangga mestilah sampai kepada golongan sasar,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya anjuran KRT Bukau Beaufort, di sini pada malam Ahad.

Beliau berkata, sambutan seperti itu harus dilaksanak­an kerana mewujudkan peluang terbaik untuk saling melupakan semua perselisih­an dan persengket­aan, seterusnya mengukuhka­n kerjasama antara individu serta kejiranan.

Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi Warisan Parlimen Sipitang Noor Hayaty Mustapha, Pegawai Perpaduan Daerah Zon Pedalaman Bawah Mohd Norazam Azizan dan Pengerusi KRT Kampung Bukau Johari Jamari.

 ??  ?? RAPAT HUBUNGAN: Noor Hayaty menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Mahadi (belakang, empat kanan).
RAPAT HUBUNGAN: Noor Hayaty menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Mahadi (belakang, empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia