Utusan Borneo (Sarawak)

MSU TERAP BUDAYA KECERMERLA­NGAN LAHIR GRADUAN BERKUALITI • HORIZON

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

MANAGEMENT Science University (MSU) percaya budaya kecemerlan­gan dalam kalangan pelajar merupakan antara aspek terpenting bagi melahirkan graduan yang kompeten, versatil dan holistik.

Presiden MSU Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, menerapkan budaya kecermerla­ngan ini penting kerana ia merupakan asas utama untuk para pelajar ber- jaya.

“Selain itu, budaya kecemerlan­gan ini dapat membantu menghasilk­an graduan yang berkualiti tinggi sekali gus membantu melahirkan pelajar atau individu yang mampu berdaya saing di peringkat global,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Senarai Presiden, minggu lalu.

Majlis Anugerah Senarai Presiden ini merupakan majlis khas bagi meraikan kejayaan pelajar-pela- jar cemerlang bagi sesi pengajian 2016/2017 di kampus utamanya di Shah Alam, Selangor.

Seramai 445 pelajar menerima Anugerah Senarai Presiden yang terdiri daripada mereka yang mengikuti program pengajian peringkat diploma dari 10 cawangan MSU College iaitu Shah Alam, Ampang Sentral, Seremban, Kota Bharu, Terengganu, Sungai Petani, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

Anugerah Senarai Presiden ini mengiktira­f pencapaian cemerlang para pelajar dalam bidang akademik dengan memperoleh Purata Gred Semester (PNGS) 3.50 dan ke atas.

Manakala 11 pelajar pula menerima Anugerah Khas Presiden yang mana PNGS adalah 3.75 dan ke atas untuk tiga semester berturut-turut.

Sebelas pelajar tersebut ialah Nurul Farah Huda Zainal Abidin dan Siti Nurhazlind­a Suradi dari cawangan Ampang, Oie Yuen Sin dan Nur Fatin Farrahin Mohd Nasir cawangan Kota Bharu, Ricklee Gee Galud cawangan Sabah, Nur Atirah Abd Razak cawangan Seremban, Muhammad Zulhakimi Mohd Nadzari cawangan Shah Alam, Nur Irdina Khilm cawangan Sungai Petani serta Nor Fahan Abu Bakar @ Zahari, Nur Adilah Mat Daud dan Nur Najihah Saat cawangan Terengganu.

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI IKON: Rombongan mengadakan lawatan ke Jambatan Tamparuli, iaitu salah sebuah tempat pelanconga­n yang menarik di kawasan luar bandar Sabah.
LOKASI IKON: Rombongan mengadakan lawatan ke Jambatan Tamparuli, iaitu salah sebuah tempat pelanconga­n yang menarik di kawasan luar bandar Sabah.
 ??  ?? TAHNIAH: (Dari kiri) Ken O’Neill, Nur Haninah Humaira dan Mohd Syairazie merupakan antara tiga pelajar yang menerima Anugerah Senarai Presiden dari cawangan kampus MSU Sarawak.
TAHNIAH: (Dari kiri) Ken O’Neill, Nur Haninah Humaira dan Mohd Syairazie merupakan antara tiga pelajar yang menerima Anugerah Senarai Presiden dari cawangan kampus MSU Sarawak.
 ??  ?? MULAKAN LAWATAN: Sebahagian peserta rombongan bersedia untuk berlepas ke destinasi yang dituju.
MULAKAN LAWATAN: Sebahagian peserta rombongan bersedia untuk berlepas ke destinasi yang dituju.
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Gerawat (tujuh kiri) menyambut ketibaan rombongan ketua-ketua kaum dan masyarakat tersebut di sebuah hotel di Sabah.
SELAMAT DATANG: Gerawat (tujuh kiri) menyambut ketibaan rombongan ketua-ketua kaum dan masyarakat tersebut di sebuah hotel di Sabah.
 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Penerima Anugerah Senarai Presiden dari cawangan kampus MSU Sabah.
MEMBANGGAK­AN: Penerima Anugerah Senarai Presiden dari cawangan kampus MSU Sabah.
 ??  ?? CEMERLANG: Penerima Anugerah Senarai Presiden dari cawangan kampus MSU Sarawak.
CEMERLANG: Penerima Anugerah Senarai Presiden dari cawangan kampus MSU Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia