Utusan Borneo (Sarawak)

MPV terbabas ke dalam parit ketika menuruni bukit, dua maut

-

BINTULU: Dua sekeluarga maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Bintulu-Sibu sekitar jam 5 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu ketika mengesahka­n kejadian itu menyatakan, mangsa maut dikenali sebagai Munipah Marzuki, 24, dan Mohammad Haiman Abdullah, 2, manakala lima lagi individu lain termasuk pemandu dipercayai ahli keluarga kedua-dua mangsa, mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan badan, malah Munipah terpelanti­ng keluar akibat impak yang cukup kuat itu.

“Siasatan awal yang kita jalankan mendapati kenderaan yang dinaiki kesemua mangsa dikatakan dari Kampung Jepak sedang menghala ke pusat bandar Bintulu, sebelum terbabas ke kiri jalan semasa menuruni bukit lalu memasuki parit besar di tepi jalan,” ujarnya.

Bagaimanap­un katanya, siasatan terperinci akan dijalankan pihak polis serta pihak berkaitan bagi mengetahui punca sebenar insiden maut itu.

Mayat kedua-dua mang- sa kemudianny­a dihantar ke Rumah Mayat Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? TRAGIK: Keadaan kenderaan MPV mangsa yang terhumban ke dalam parit besar tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Bintulu-Sibu, petang kelmarin.
TRAGIK: Keadaan kenderaan MPV mangsa yang terhumban ke dalam parit besar tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Bintulu-Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia