Utusan Borneo (Sarawak)

Ugutan jenayah, lelaki direman tiga hari

-

MIRI: Mahkamah Majistret memerintah­kan seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki melakukan ugutan jenayah dan memeras ugut seorang lelaki warga emas supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Syukri Sidi dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Syukri memberitah­u, pada 9 Julai lalu seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa telah diugut seorang lelaki yang dikenaliny­a.

Dalam aduannya, pengadu yang berusia 62 tahun itu mendakwa sekitar jam 1 pagi hari sama, ketika berada di sebuah kedai makan yang beroperasi 24 jam di Jalan High Street di sini, beliau didatangi seorang lelaki dikenali sebagai Bob.

Lelaki terbabit menuduh pengadu memberitah­u tentang kegiatanny­a kepada pihak polis hingga dia dimasukkan ke lokap sedangkan pengadu tidak tahu menahu tentang perkara itu.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit meminta wang daripada pengadu sebagai ganti rugi selama dia berada di lokap dan cuba memukul pengadu namun pengadu berjaya melarikan diri.

Pengadu yang ketakutan kemudian tampil membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 2.45 petang, 9 Julai lalu di tepi Jalan Chia Tze Chin di sini, polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Syukri memberitah­u memandangk­an siasatan lanjut polis masih belum dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam, justeru memohon reman selama empat hari ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan suspek dan juga saksi-saksi.

Mahkamah membenarka­n reman dua hari ke atas suspek sehingga 12 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia