Utusan Borneo (Sarawak)

Penjenayah tegar direman bantu siasatan kes cederakan wanita

-

MIRI: Seorang penjenayah tegar yang ditangkap kerana disyaki mencederak­an dan melanggar sebuah kereta kepunyaan seorang wanita diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Suspek, 36, dari Pujut 2 di sini diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat Inspektor Wira Sumbin ketika mengemukak­an permohonan re- man, pada 10 Mei lalu seorang wanita yang bekerja sebagai tukang masak telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 32, mendakwa sekitar jam 10.48malam, 9Meilalu, ketika berhenti di lampu isyarat Jalan Merbau, keretanya secara sengaja dilanggar dari belakang kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tidak dikenali.

Pemandu kenderaan terbabit kemudian keluar dan mengugut akan membunuh pengadu sekiranya dia ternampak pengadu kerana mendakwa pengadu yang menyebabka­nnya ditangkap oleh polis sebelum ini.

Berikutan kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 12.30 tengah hari, 9 Julai lalu, polis berjaya menahan seorang lelaki di hadapan sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam di Jalan Brooke di sini kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Wira memberitah­u bahawa reman selama empat hari ke atas suspek amat diper- lukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan kerana mencederak­an dan melakukan khianat.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes iaitu sebilah gunting dan sebuah kenderaan yang digunakan oleh suspek semasa kejadian, justeru membebaska­nnya lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari sehingga 13 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia