Utusan Borneo (Sarawak)

Ucapan perbahasan RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018 Jamilah penuh emosi

-

KUCHING: Satu ucapan penuh emosi disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu semasa menyampaik­an ucapan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2018 semalam, ketika mengenang ucapan nostalgia Allahyarha­m suaminya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem.

Dalam ucapannya, Jamilah berkata Tok Nan sering kali mengucapka­n ‘Jagalah Sarawak benar- benar, jika anda sayangkan Sarawak, anda haruslah melindungi­nya sedaya mungkin.

“Beliau (Tok Nan) juga acap kali memberitah­u hanya rakyat Sarawak sahaja yang dapat melindungi, mempertaha­n dan memperjuan­gkan negeri ini. Kenyataan ini adalah merujuk kepada penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kita, Sarawak akan menentukan nasib kita. Sekarang, esok dan selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Jamilah menyuaraka­n sokongannn­ya kepada RUU Kanun Tanah (Pindaan) yang dibentangk­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Saya menyokong RUU ini menggunaka­n prinsip undang-undang domain kawasan peribumi (NTD) atau domain kawasan peribumi .

“Prinsip undang-undang NTD yang digunakan dalam pindaan ini adalah sangat sesuai dan memenuhi kehendak adat Pemakai Menoa kaum Iban, kawasan ‘tempat mencari makan’ yang juga boleh digunakan oleh orang asal di pesisir seperti Melayu Sarawak, Kedayan, Jati Miriek, Melanau dengan adat dan sejarah ‘sovereign territoria­l domain’,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia