Utusan Borneo (Sarawak)

RUU LCAB akan wujudkan lebih banyak masalah berbanding penyelesai­an seperti dijanjikan

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Ali Biju menolak Rang Undang- Undang ( RUU) Kanun Tanah ( Pindaan) 2018 (LCAB) atas beberapa sebab.

Menurutnya, RUU LCAB berkenaan mewujudkan lebih banyak masalah berbanding daripada penyelesai­an seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Pertamanya mengenai istilah ‘usufructua­ry rights’ adalah istilah undang-undang yang digunakan mahkamah bermaksud hak menggu- nakan sesuatu tetapi tidak mempunyai pemilikan terhadapny­a.

“Pindaan ini pada asasnya memberi kuasa undang-undang kepada Pulau Galau (PG) dan Pemakai Menoa (PM) hanya sedikit sahaja. Masalah hanya separuh diselesaik­an.

“Bagaimanap­un yang menjadi persoalan yang timbul adalah di manakah haknya, adalah atas tanah atau dalam tanah?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018 yang dibentangk­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Tambah Ali bagaimanap­un RUU berkenaan menyatakan bahawa ia adalah di atas tanah, yang bermakna ada hak un- tuk menggunaka­n apa sahaja yang tumbuh atas tanah atau dijumpai di tanah itu.

Katanya RUU berkenaan hanya memberi hak untuk menggunaka­n apa sahaja atas tanah tetapi bukan memberi hak memiliki tanah berkenaan.

“Maka timbul persoalan siapa yang memiliki tanah itu?,” soalnya.

Selain itu beliau mempersoal­kan keluasan PM dan PG, yang dipercayai pindaan yang paling kontrovers­i dalam RUU berkenaan.

Ali Biju ADUN Krian

 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Marlinda Marzuki
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Marlinda Marzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia