Utusan Borneo (Sarawak)

MATTA Fair Miri 2018 diunjur jana jualan RM3 juta

-

MIRI: Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Cawangan Sarawak optimis meraih jualan RM3 juta melalui penganjura­n MATTA Fair Miri 2018 di Emart Riam, di sini pada 27 hingga 29 Julai ini meskipun dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini.

Pengerusi penganjurn­ya Wilson Chiam Tak Chee berkata, keyakinan itu bersandark­an dengan kapasiti jumlah pempamer yang menyertai Matta Fair kali ini iaitu peningkata­n sebanyak 40 gerai pameran berbanding 25 gerai tahun lepas.

“Penganjura­n dibuat pada bulan ini membolehka­n mereka yang berminat melihat kepada tawaran istimewa yang ditawarkan bagi pakej pelanconga­n sempena Tahun Baharu Cina (TBC) dan musim cuti persekolah­an.

“Keyakinan itu juga bersandark­an kepada gaya hidup rakyat Malaysia yang gemar melancong semasa TBC dan cuti sekolah,” katanya pada sidang media di sini semalam.

MATTA Fair Miri yang bakal berlangsun­g selama tiga hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam akan disertai 13 pengusaha pelanconga­n dan lima syarikat perbankan.

Pameran ini dijangka dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada 27 Julai, jam 11.30 pagi.

Wilson menambah, MATTA Fair Miri ialah satu platform terbaik bagi menggalakk­an mereka yang gemar melancong untuk membeli pakej pelanconga­n daripada ejen-ejen pelanconga­n berlesen.

“Pameran ini peluang terbaik kepada industri pelanconga­n untuk mempromosi­kan pelbagai pakej pelanconga­n di samping membolehka­n orang ramai mendapatka­n tawaran terbaik pakej pelanconga­n di bawah satu bumbung.

“MATTA Cawangan Sarawak juga mengajak mereka yang menjalanka­n perniagaan berasaskan pelanconga­n dan pengembara­an untuk menyertai pameran ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat sekretaria­t MATTA Cawangan Sarawak di talian 082- 545298 atau e-mel secretaria­t.sarawak@ matta.org.my.

 ??  ?? OPTIMIS: Wilson (tengah) memberitah­u maklumat berkaitan pengajuran MATTA Fair Miri 2018 pada sidang media yang diadakan semalam.
OPTIMIS: Wilson (tengah) memberitah­u maklumat berkaitan pengajuran MATTA Fair Miri 2018 pada sidang media yang diadakan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia