Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Kuching mencatatka­n penurunan jenayah Jan-Jun

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mencatatka­n penurunan kadar jenayah indeks sebanyak 15.76 peratus untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek berkata, sebanyak 812 kes dicatatkan untuk tempoh tersebut pada 2017 berbanding hanya 684 kes pada 2018 iaitu menunjukka­n penurunan sebanyak 128 kes.

Menurutnya, 246 daripada kes pada tahun ini berjaya diselesaik­an dengan 376 tangkapan dilakukan.

“Sementara bagi kadar pertuduhan pula ( Januari hingga Jun), sebanyak 1,093 kertas siasatan telah dibuka, manakala 394 telah dituduh bersamaan 38.05 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Manakala bagi tindakan yang diambil di bawah POCA pula mencatatka­n seramai 14 suspek telah diambil tindakan,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan IPD Kuching di sini, semalam.

Ng turut memberitah­u, sebanyak lima kumpulan berjaya ditumpaska­n melibatkan sindiket curi kenderaan , pecah rumah dan rompak.

“Bagi pemeriksaa­n dan tangkapan ke atas kes Dadu pula, sebanyak 212 serbuan ke atas pelbagai kegiatan perjudian dijalankan melibatkan 249 tangkapan, juga untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini,” jelasnya.

Justeru, beliau mengucapka­n penghargaa­n kepada seluruh warga IPD Kuching kerana memainkan peranan dan berusaha menurunkan kadar jenayah melalui tindakan proaktif dalam pencegahan jenayah dan tangkapan.

“Kejayaan ini hasil komit- men serta sokongan padu berterusan semua peringkat pegawai dan anggota yang sememangny­a menyedari akan tanggungja­wab dan peranan masing-masing,” katanya.

Majlis turut menyaksika­n beberapa anggota dan pegawai menerima sijil penghargaa­n atas kecemerlan­gan dalam menjalanka­n tugas masing-masing.

 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Ng menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada seorang pegawai wanita di atas kecemerlan­gannya dalam menjalanka­n tugas.
TERUSKAN USAHA: Ng menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada seorang pegawai wanita di atas kecemerlan­gannya dalam menjalanka­n tugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia