Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja lemas mandi bersama rakan ditemui

-

KAPIT: Mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam sungai ketika mandi di Nanga Entawau Isnin lalu telah dijumpai ahli keluargany­a pagi semalam.

Menurut maklumat daripada Balai Bomba Kapit, mangsa dipercayai terjatuh ketika menceduk air untuk mandi bersama dua rakannya di lokasi kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Boniface Boll, 18, dikatakan baru balik dari tempat kerja sebelum berhasrat mandi di tepi sungai bersama dua rakan sekerjanya.

Ketua Balai Bomba Kapit PpgB Erwandy Tugor ketika dihubungi berkata, mayat mangsa ditemui lebih kurang 500 meter dari tempat mangsa terjatuh sekitar jam 7.55 pagi semalam.

“Difahamkan mangsa tergelinci­r ketika menceduk air dan mereka gagal menyelamat­kannya,” jelas beliau

Katanya, dua rakan mangsa memaklumka­n kepada pihak keluarga mangsa sebelum ayah mangsa membuat laporan polis sejurus selepas insiden itu.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia