Utusan Borneo (Sarawak)

Media Sepanyol lapor Juve bakal bayar 105 juta euro, kontrak empat tahun bernilai 30 juta euro semusim

-

MADRID, Sepanyol: Kelab Real Madrid mengumumka­n Selasa lepas perpindaha­n bintang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo ke kelab juara Serie A Itali, Juventus, dengan kapten pasukan Portugal itu berkata masa sudah tiba untuk “babak baharu” dalam kehidupann­ya.

Media Sepanyol melaporkan perpindaha­n erpindahan mungkin menyebabka­n nyebabkan Juventus membayar yar 105 juta euro, dengan Ronaldo naldo menandatan­gani kontrak k empat tahun bernilai 30 juta euro semusim.

Pemain ainberusia berusia 33tahun 33 tahun itu dijangka a tiba untuk pemeriksaa­n perubatan erubatan di Turin minggu u hadapan sebelum diperkenal­kan enalkan secara rasmi oleh kelab. lab.

“Hari i ini, Real Madrid mahu berterima erterima kasih kepada seorang g pemain yang telah menunjukka­n ukkan beliau adalah yang terbaik erbaik di dunia dan pemain yang meraikan salah satutempoh mpoh p a l i n g h e b a t d a l a m sejarah k e - lab dan j u g a dalam m d u n i a b o l a sepak,” ” kata Real eal Madrid d d a l a m satu kennyataan.

D a l a m sepucuk uk surat dikeluarke­luarkan di laman s e s a w a n g rasmi Real, pemenang ang lima kali ali anuge- r a h Ballon d ’ O r berkata a

Hari ini, Real Madrid mahu berterima kasih kepada seorang pemain yang telah menunjukka­n beliau adalah yang terbaik di dunia dan pemain yang meraikan salah satu tempoh paling hebat dalam sejarah kelab sepak.” dan juga dalam dunia bola Kenyataan Real Madrid

masa beliau di ibu kota Sepanyol, di mana beliau menjadi penjaring terbanyak kelab, adalah salah satu yang paling palingmeng­gemmenggem­birakan dalam kehidupann­ya.

“Saya hanya mempunyai ucapan teramat berterima kasih kepada kelab ini, kepada penyokong dan juga bandar rayanya,” kata beliau. “Tetapi saya fikir masa sudah tiba untuk m e m u - lakan babak baharu dalam kehidupan saya dan kerana itu saya meminta kelab untuk menerima pe perpindaha­n saya. “Sa Saya meminta semua orang dan terutama sekali penyo penyokong, untuk memahami k keputusan saya.” Juve Juventus memulakan jadual pramu pramusim mereka dengan satu p perlawanan persahabat­an m menentang Bayern Munich pa pada 25 Julai di Philadelph­ia, di d mana Ronaldo boleh memb membuat penampilan sulung kompe kompetetif untuk kelab pada bulan berikutnya dengan Serie A mengumumka­n m jadual perla perlawanan untuk musim bah baharu pada 20 Julai ini. R Ronaldo, di mana kemp pen beliau bersama Port tugal di Piala Dunia 2018 berakhir di pusingan kedua apabila tewas kepada Uruguay, ada membayangk­an selepas final Liga Juara- Juara ketika menewaskan Liverpool di mana beliau ada menimbangk­an untuk meninggalk­an k kelab. “Ia sangat menarik untuk un berada di Madrid,” kat kata beliau ketika itu. Beli Beliau kemudian mengura gurangkan fokus komen beliau tetapi ramai meragui masa depan beliau di kelab teruta terutama sekali selepas pernah melakukan ancaman yang sama pada tahun sebeluW belumnya. Walaupun gagal menjam3 jaringkan gol ketika menewaskan Liverpool 3-1 di Kiev untuk trofi ketiga berturut-turut, Ronaldo menamatkan kejohanan selaku penjaring terbanyak kejohanan buat kali keenam berturut-turut dengan 15 gol.

Sekarang, Juventus akan berharap beliau mengekalka­n kecemerlan­gan itu untuk beberapa tahun lagi dan akhirnya menamatkan kekecewaan Juventus untuk menjadi juara Eropah buat kali pertama sejak 1996, walaupun menguasai bola sepak domestik untuk tujuh musim berturut-turut.

Juventus, yang dibimbing Massimilia­no Allegri, memenangi kejuaraan Serie A Itali buat kali ketujuh berturut-turut dengan menangani saingan kuat Napoli tetapi tewas kepada Real di suku akhir Liga Juara-Juara dengan Ronaldo menamatkan sebarang kebangkita­n Juventus menerusi tendangan penalti lewat.

Ronaldo juga menjaringk­an dua gol ketika menewaskan Juventus 4-1 di final 2016.

Yuran perpindaha­n Ronaldo adalah yang terbesar dibayar untuk seorang pemain melebihi usia 30 tahun, tetapi Juventus bertaruh harapan di mana Ronaldo masih mampu mempamerka­n kelestaria­n yang sama seperti bekas penjaga gol mereka, Gianluigi Buffon, 40, yang berpindah ke Paris Saint Germain (PSG) minggu lepas.

Tetapi mereka bukan sahaja yang berharap kepada salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, dengan saham Juventus melonjak hampir 40 peratus sejak khabar angin kehadiran Ronaldo muncul kali pertama pada 28 Jun, dan naik 5.7 peratus pada hari Selasa sahaja.

Ronaldo memenangi dua kejuaraan La Liga dan empat trofi Liga Juara-Juara bersama Real selepas tiba dari Manchester United pad 2009 untuk rekod dunia 80 juta pound ketika itu.

Pemain sayap itu beralih ke posisi penyerang tengah dan menjaringk­an banyak gol cantik dari 451 gol untuk Real Madrid dalam hanya 438 perlawanan, mengatasi rekod lama 323 gol yang dipegang Raul.

“Ia adalah sembilan tahun yang unik,” tambah Ronaldo.

“Ia merupakan masa yang hebat bagi saya, penuh penghormat­an tetapi juga sukar kerana Real Madrid mempunyai jangkaan yang tinggi tetapi saya sangat menyedarin­ya saya tidak akan lupa di mana saya cukup gembira beraksi di sini dengan cara yang unik.”

Serie A akan menjadi kelab ketiga dari empat liga terbesar di Eropah yang menerima Ronaldo dan perpindaha­n beliau menunjukka­n bahawa tiada keazaman dan cita-cita beliau berkuranga­n di lewat kariernya.

Beliau juga berharap untuk menjadi peneraju dalam saingan peribadi dengan penyerang Barcelona, Lionel Messi untuk anugerah paling banyak Ballon d’Or, walaupun peminat bola sepak akan melihat kurang saingan dalam La Liga seperti kebiasaann­ya. — AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia