Utusan Borneo (Sarawak)

Trak tangki minyak langgar bas di Iran, 11 maut

-

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 11 orang maut semalam apabila sebuah trak tangki minyak berlanggar dengan sebuah bas di barat Iran, media kerajaan melaporkan.

Kenderaan tersebut bertembung sejurus selepas tengah malam di Sanandaj, ibu kota wilayah Kurdistan di Iran, kira-kira 400 kilometer ke barat Tehran.

Agensi berita IRNA berkata empat penumpang bas dan tiga orang yang lalu-lalang turut cedera dalam satu “letupan yang amat besar” selepas perlanggar­an berlaku.

Pihak berkuasa tempatan mengumumka­n tempoh berkabung selama tiga jari di wilayah itu, katanya.

Walaupun jalannya pada umumnya adalah bagus, Iran mempunyai rekod buruk dalam keselamata­n trafik, dengan kemalangan disebabkan oleh pemandu cuai yang membunuh ribuan orang setiap tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia