Utusan Borneo (Sarawak)

MAHB catat pertumbuha­n trafik penumpang tertinggi pada Jun

-

KUALA LUMPUR: Pergerakan penumpang di semua lapangan terbang kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd ( MAHB), termasuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen Istanbul (SGIA), meningkat 9.5 peratus tahun ke tahun kepada 11.2 juta pada Jun — pertumbuha­n tertinggi setakat tahun ini.

Pengendali lapangan terbang itu menyifatka­n perkembang­an itu disebabkan oleh musim cuti bersempena Hari Raya Aidilfitri serta cuti sekolah selama dua minggu di negara ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata sektor domestik dan antarabang­sa mencatat pertumbuha­n masing-masing sebanyak 9.0 peratus dan 10 peratus.

Bagi tempoh separuh pertama tahun ini, aliran penumpang merekodkan pertumbuha­n sebanyak 5.2 peratus dengan pergerakan penumpang sebanyak 64.9 juta.

Sektor antarabang­sa berkembang pada kadar lebih pantas — 8.3 peratus berbanding domestik yang mencatat pertumbuha­n sebanyak 2.5 peratus, kata syarikat itu.

Bagi tempoh di bawah kajian, Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur dan klia2 masingmasi­ng merekodkan pertumbuha­n sebanyak 6.7 peratus dan 12.5 peratus tahun ke tahun manakala jumlah pergerakan penumpang di lapangan terbang di Istanbul meningkat sebanyak 9.1 peratus.

Mengulas prospek masa depan, MAHB berkata usaha pengisian tempat duduk pesawat bagi tempoh enam bulan akan datang menunjukka­n aliran yang sederhana bagi pergerakan antarabang­sa selain minat pelanconga­n domestik yang ketara di Malaysia.

“Jangkaan peningkata­n perjalanan udara menjelang serta pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 terbukti di bawah jangkaan. Oleh itu, dengan mengambil kira pengisian tempat duduk yang lebih sederhana, pertumbuha­n bagi tempoh enam bulan berikutnya juga dijangka lebih menyederha­na,” katanya.

Sementara itu, pergerakan penumpang di SGIA Istanbul bagi separuh pertama tahun ini meningkat sebanyak 12.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia