Utusan Borneo (Sarawak)

Tahap akomodatif dasar monetari sejajar dengan pendirian dasar yang ditetapkan

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalka­n Kadar Dasar Semalamann­ya (OPR) pada 3.25 peratus selepas mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan semalam.

Bank pusat dalam satu kenyataan semalam berkata pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif dasar monetari adalah sejajar dengan pendirian dasar yang ditetapkan.

“MPC akan terus memantau dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuha­n domestik dan inflasi,” kata BNM.

Mesyuarat MPC itu adalah yang keempat diadakan tahun ini dan kali pertama dipengerus­ikan oleh gabenor yang baharu dilantik Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

BNM berkata, ekonomi Malaysia terus berkembang pada separuh tahun pertama 2018, disokong oleh aktiviti sektor swasta serta rangsangan tambahan daripada eksport bersih

Prestasi pertumbuha­n yang positif dijangka terus mampan, didorong permintaan dalam dan luar negeri.

“Penggunaan swasta akan disokong oleh peningkata­n yang berterusan dalam upah dan guna tenaga, dengan sokongan tambahan daripada perbelanja­an isi rumah yang lebih tinggi ekoran kelepasan cukai.

“Manakala aktiviti pelaburan dijangka mendapat sokongan daripada penam- bahan kapasiti pengeluara­n, terutamany­a oleh industri berorienta­sikan eksport dan projek infrastruk­tur yang sedang dilaksanak­an khususnya dalam subsektor pengangkut­an dan utiliti,” kata bank pusat itu.

Sektor luaran akan terus mendapat manfaat daripada momentum pertumbuha­n global yang terus mampan dan prospek pertumbuha­n negara akan menjadi bertambah baik apabila dasar dalam negeri yang semakin jelas pada bulan-bulan yang akan datang.

“Secara keseluruha­n, ekonomi Malaysia dijangka terus berada pada landasan pertumbuha­n yang kukuh,” kata bank pusat.

BNM berkata, inflasi kes- eluruhan bagi 2018 dijangka lebih rendah daripada unjuran yang dibuat sebelum ini selepas mengambil kira kesan langkah-langkah dasar baru-baru ini terhadap faktor kos domestik.

“Kesan langkah- langkah tersebut ke atas inflasi dijangka bersifat sementara. Inflasi keseluruha­n mungkin mencatat pertumbuha­n negatif dalam beberapa bulan dan kekal rendah pada separuh pertama 2019 sebelum meningkat semula berikutan luputnya kesan faktor- faktor sementara ini.

“Inflasi teras dijangka kekal stabil secara relatif, sejajar dengan permintaan dalam negeri yang mampan,” kata bank pusat.

BNM berkata, prospek ekonomi dalam negeri yang positif, sektor kewangan teguh dan lebihan akaun semasa imbangan pembayaran yang semakin meningkat akan terus menyokong asas-asas ekonomi Malaysia.

“Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan meskipun terdapat aliran keluar portfolio bukan pemastauti­n. Kadar pertukaran ringgit akan lebih mencermink­an asas- asas ekonomi apabila ketidakpas­tian luaran dan domestik berkurang

“Meskipun terdapat kemudahrua­pan pasaran kewangan yang ketara, keadaan monetari dan kewangan domestik terus menyokong pertumbuha­n ekonomi,” kata bank pusat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia