Utusan Borneo (Sarawak)

PENDUDUK TEMUI MAYAT LELAKI LEMAS KETIKA KERJA KAYU

-

BETONG: Lelaki yang dilaporkan lemas ketika sedang memotong dan mengalihka­n kayu bersama enam rakannya di sungai berhampira­n Rumah Mujan, Skrang, dekat sini telah dijumpai penduduk kampung sekitar jam 12.29 tengah hari, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Faizal Ibrahim, 28, atau lebih dikenali dengan panggilan Badul dalam kalangan rakan-rakannya, dijumpai penduduk rumah panjang lebih kurang satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan tenggelam dan lemas.

“Berikutan itu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Betong untuk tindakan selanjutny­a, manakala operasi mencari dan menyelamat­kan (SAR) dihentikan pada jam 1 petang,” katanya ketika dihubungi media, semalam.

Dalam kejadian tersebut, Faizal dilaporkan lemas dan tenggelam dibawa arus sungai ketika kumpulan terbabit sedang melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihka­n kayu di sungai terbabit sekitar jam 11.30 pagi kelmarin.

Berikutan itu, rakan mangsa bertindak membuat laporan polis dan memohon bantuan pihak bomba untuk melancarka­n operasi SAR bagi mencari mangsa.

Namun demikian hingga jam 6 petang kelmarin, mangsa masih gagal ditemui dan operasi diteruskan pagi semalam.

Operasi melibatkan penyertaan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

 ??  ?? DIJUMPAI: Mayat mangsa lemas dibawa ke Hospital Betong.
DIJUMPAI: Mayat mangsa lemas dibawa ke Hospital Betong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia