Utusan Borneo (Sarawak)

Pemansuhan GST diharap turunkan harga barang

Harga barang dipengaruh­i pelbagai kos termasuk cukai sama ada GST mahupun SST: Naroden

-

Kita kini mempunyai seorang ahli daripada DAP Sarawak sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Chong Chieng Jen) di mana kementeria­n ini bertanggun­gjawab mengawal harga barang di negara ini.

KUCHING: Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) oleh kerajaan Pakatan Harapan ( PH) digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) diharap membantu menurunkan harga barang terutama di Sarawak.

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais berkata harga barang dipengaruh­i pelbagai kos termasuk cukai sama ada GST mahupun SST.

Faktor lain, kos langsung dan tidak langsung dalam setiap aktiviti dalam rantaian bekalan barangan seperti kos bahan mentah, logistik, utiliti dan lain- lain yang memberi kesan kepada kos pengeluara­n.

Selain itu katanya, harga barang juga dipengaruh bekalan dan permintaan terhadap barang tersebut di mana jika permintaan meningkat harga turut akan meningkat dan begitu juga sebaliknya.

“Kita kini mempunyai seorang ahli daripada DAP Sarawak sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( Chong Chieng Jen) di mana kementeria­n ini bertanggun­gjawab mengawal harga barang di negara ini.

“Oleh kerana beliau masih baharu, kita memberikan beliau sedikit masa untuk memperkena­lkan polisi yang dapat menurunkan harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan lisan daripada Dr Hazland Abang Hipni ( PBB- Demak Laut) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Bagi memastikan penurunan harga barang, kerajaan menurut Naroden telah melaksanak­an banyak langkah namun ia adalah di luar kawalan kerajaan.

Bagaimanap­un menurut Naroden para usahawan Sarawak boleh membantu dalam mengurangk­an kos produk dengan mengurangk­an komponen import, meningkatk­an pengeluara­n tempatan dan mengurangk­an kos rantaian bekalan seperti logistik, pentadbira­n, utiliti, pembaziran dan sebagainya.

Terdahulu Naroden berkata kerajaan sentiasa menyokong pertumbuha­n Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) menerusi polisi mesra kerajaan dan menyediaka­n pelbagai bantuan dalam bentuk kewangan dan fasitiliti bukan kewangan.

Katanya bantuan yang diberikan kepada PKS termasuk pinjaman mudah, geran, latihan, program pembanguna­n dan pelbagai insentif lain.

“Satu daripada inisiatif untuk meningkatk­an gaji ialah pelaksanaa­n gaji minimum yang mana ketika ini adalah RM920 sebulan bagi Sarawak dan RM1,000 sebulan bagi Semenanjun­g Malaysia.

“Di pihak Kerajaan Sarawak pula, kita memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk bekerja di Taman Perindustr­ian Samajaya dan Samalaju.

“Semua inisiatif ini diharap akan membantu menyediaka­n pekerjaan dan memperbaik­i gaji rakyat serta menarik penyertaan dalam PKS dan seterusnya memperbaik­i standard kehidupan rakyat,” katanya.

Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana

 ??  ?? NARODEN
NARODEN
 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Agnes tugong Nick Fletcher Rusnan Mustafa
Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Agnes tugong Nick Fletcher Rusnan Mustafa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia