Utusan Borneo (Sarawak)

Kategori perkhidmat­an penerbanga­n Sibu perlu dinaik taraf Perkhidmat­an masih di bawah kategori RAS meskipun LTS merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Sarawak

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King menggesa kerajaan persekutua­n yang diterajui Pakatan Harapan (PH) menaik taraf kategori perkhidmat­an penerbanga­n Sibu.

Beliau mendedahka­n ini kerana perkhidmat­an penerbanga­n Sibu masih di bawah kategori Pekhidmata­n Udara Luar Bandar ( RAS) sejak 2007 meskipun Lapangan Terbang Sibu (LTS) merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Sarawak dan ke-10 yang paling sibuk di Malaysia.

Jelasnya, pada 2016, lapangan terbang itu mengendali­kan 1,469,341 penumpang dengan 24,806 penerbanga­n selain 1,048 tan metrik kargo.

Malah, beliau menegaskan lapangan terbang itu juga mampu menampung 1.8 juta penumpang setahun.

“Sibu merupakan pintu masuk yang amat strategik bagi wilayah tengah Sarawak. Na- mun, apa yang mengecewak­an perkhidmat­an penerbanga­n Sibu masih di bawah kategori RAS sejak 2007,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan usul penghargaa­n atas ucapan Yang di- Pertua Negeri sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini semalam.

Tiong menambah, lebih menyedihka­n apabila tahun lalu, kerajaan persekutua­n memanjangk­an lagi tempoh konsesi RAS dengan MASwings hingga 2024.

“Kementeria­n Pengangkut­an mentakrifk­an RAS sebagai perkhidmat­an penerbanga­n bukan ekonomi dalam menyediaka­n akses ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mana pengangkut­an udara merupakan pengangkut­an utama untuk menghubung­kan kawasan berkenaan.

“Tetapi Sibu adalah bandar bukannya kawasan pedalaman Sarawak sebab itulah ia tidak sepatutnya diletakkan di bawah kategori RAS ini,” jelasnya.

Menurutnya, pada November lalu, enam laluan digugurkan daripada liputan RAS berkuat kuasa 2019 dan laluan tersebut adalah Kota Kinabalu- Sandakan, Kota Kinabalu-Tawau, Kota Kinabalu- Miri, KuchingMir­i, Kuching-Bintulu dan Kuching-Sibu.

“Sekali lagi kita kecewa kerana Sibu tidak tersenarai untuk digugurkan daripada liputan RAS,” tambahnya.

Selain itu, Tiong berkata kerajaan turut menanggung sepenuhnya kos mengendali­kan laluan RAS dengan subsidi dan bayaran sewa pesawat yang mana bil subsidi tahunan untuk tempoh tujuh tahun hingga 2024 adalah kira-kira RM190 juta berdasarka­n maklumat daripada kementeria­n.

“Tetapi apa yang mengejutka­n ialah tambang dari Sibu ke mana-mana destinasi adalah jauh lebih mahal berbanding mana-mana bandar lain. Ia bukan sahaja tidak munasabah tapi tidak adil,” tegasnya.

Pada masa sama katanya, ia langsung tidak membantu untuk merangsang industri pelanconga­n di Sibu.

“Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini merayu kepada kerajaan persekutua­n dan kementeria­n untuk memberi tumpuan khusus kepada masalah ini dan mengambil tindakan segera bagi membetulka­n keadaan tersebut,” ujarnya.

ADUN Dudong

 ??  ?? KUNJUNGAN PERTAMA: Abang Johari bersalaman dengan Deddy (kiri) semasa kunjungan di pejabat beliau di DUN, semalam.
KUNJUNGAN PERTAMA: Abang Johari bersalaman dengan Deddy (kiri) semasa kunjungan di pejabat beliau di DUN, semalam.
 ??  ?? Laporan oleh
Laporan oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia