Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu bantu syarikat tempatan terlibat pasaran bahan api jet

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu melangkah ke arah membantu syarikat-syarikat tempatan untuk mendapatka­n bahagian dalam pasaran bahan api jet di Sarawak, kata ADUN Pelawan David Wong Kee Woan.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak sentiasa bercakap tentang penyertaan Sarawak dalam sektor minyak dan gas negeri, di mana rakyat Sarawak juga harus diberi bahagian yang lebih besar dalam industri berkenaan tetapi mereka tidak memenuhiny­a.

Beliau berkata Petronas membekalka­n sekitar 85 peratus dalam pasaran berkenaan manakala Shell sebanyak 15 peratus.

“Pada masa ini, penggunaan bahan api Jet A1 di Sarawak adalah 150 juta liter dengan anggaran hasil sebanyak RM37 juta.

“Tetapi tidak ada syarikat dari Sarawak dalam pasaran ini walaupun berdasarka­n pengetahua­n saya, ada beberapa syarikat yang mempunyai keupayaan, kepakaran dan berlesen untuk membekalka­n bahan api Jet A1 di Sarawak,” katanya.

Wong berkata, kerajaan Sarawak perlu mengambil langkah untuk membantu memastikan penyertaan 50 peratus oleh Sarawak dalam pasaran peruncitan bahan api Jet A1.

Beliau turut mencadangk­an Petronas dan Shell supaya hanya menumpukan pada bahagian bekalan bahan api Jet A1 dan meninggalk­an bahagian runcit kepada syarikat Sarawak sama seperti stesen minyak di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia