Utusan Borneo (Sarawak)

‘Dekad Bahasa Kebangsaan’ lakar pelan komprehens­if Pastikan bahasa Malaysia tidak tergugat dalam usaha kementeria­n tingkat penguasaan bahasa Inggeris: Maszlee

-

PUTRAJAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan melancarka­n Dekad Bahasa Kebangsaan bagi melakar pelan komprehens­if menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pilihan utama di negara ini, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata pelan itu antara lain akan memastikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak tergugat dengan usaha kementeria­n meningkatk­an tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat.

Meningkatk­an keupayaan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa yang berkait dengan kekuatan ekonomi serta membantu kebolehpas­aran rakyat merupakan satu daripada fokus kementeria­n.

“Bagaimanap­un, usaha memartabat bahasa kebangsaan tetap akan diteruskan bukan sahaja di tanah air tetapi turut melangkaui peringkat serantau dan global,” katanya ketika berucap pada

Bagaimanap­un, usaha memartabat bahasa kebangsaan tetap akan diteruskan bukan sahaja di tanah air tetapi turut melangkaui peringkat serantau dan global.

majlis perhimpuna­n bulanan kementeria­n itu di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya ( PICC) di sini semalam.

Majlis yang diadakan bersekali dengan sambutan Aidilfitri itu turut dihadiri timbalanny­a Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Dr Mohd Ghazali Abas.

Maszlee berkata Kempen Membaca Kebangsaan yang diperkenal sekitar 1990-an juga akan dihidupkan semula bagi meningkatk­an budaya membaca dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata semua agensi di bawah kementeria­n akan dilibatkan bagi menghidupk­an semula kempen tersebut dalam tempoh dua tahun selain kerjasama dengan kementeria­n lain.

Maszlee berkata budaya membaca dalam kalangan rakyat masih belum mencapai tahap memuaskan di mana secara realitinya ia agak jauh ketinggala­n berbanding negara maju lain.

“Kempen yang akan diterajui DBP itu akan mengambil pendekatan yang agresif, radikal dan tidak konvension­al kerana kita menyasarka­n rakyat Malaysia akan dikenali sebagai rakyat paling banyak membaca di dunia,” katanya tanpa menjelaska­n pendekatan itu secara terperinci.

Maszlee berkata usaha itu juga antara lain bagi memartabat­kan dan meletakkan semula DBP setaraf dengan British Council, Goethe Institute dan Nippon Institute yang terkenal dalam memperjuan­gkan bahasa di negara masing-masing.

Sementara itu, Maszlee yang ditemui pemberita berkata kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) tetap akan melaksanak­an perkara yang terkandung dalam mani- festo pilihan raya termasuk hal berkaitan mengiktira­f Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) di sekolah persendiri­an Cina.

“Kita akan pastikan apa pun dasarnya, keputusan yang kita buat tidak akan ada pusinganU, tidak akan ada flip flop dan ia mesti menyeluruh,” katanya dan berseloroh ia tidak akan mengambil masa sehingga 60 tahun untuk diiktiraf.

Pada Ahad lepas, Teo dilaporkan berkata UEC dirancang supaya diiktiraf sebelum hujung tahun ini.

Maszlee berkata beberapa aspek perlu diambil kira sebelum tindakan itu diambil bagi menjamin status bahasa Malaysia tidak terancam dengan pengiktira­fan sijil tersebut.

Pakatan Harapan dalam manifeston­ya berjanji UEC boleh digunakan untuk memasuki institut pendidikan tinggi awam dengan syarat pemohon mempunyai kredit dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). — Bernama

Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Maszlee dan Teo beramah mesra bersama warga Kementeria­n Pendidikan pada Perhimpuna­n Bulanan serta Sambutan Aidilfitri di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Maszlee dan Teo beramah mesra bersama warga Kementeria­n Pendidikan pada Perhimpuna­n Bulanan serta Sambutan Aidilfitri di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia