Utusan Borneo (Sarawak)

PVATTBM minta tambah baik kebajikan untuk bekas tentera

-

KANGAR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) meminta kerajaan pusat menambah baik bantuan kepada veteran tentera.

Presidenny­a Ismail Abidin berkata PVATTBM akan memohon supaya bantuan sara hidup RM300 sebulan kepada bekas anggota tentera yang berkhidmat sebelum 1990 dinaikkan kepada RM800, sesuai dengan peningkata­n kos sara hidup.

“Kami juga berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan bantuan perubatan, baik pulih dan bina baharu rumah, bantuan persekolah­an, kuota haji, Bantuan Bakti Negara (BBN), sumbangan Rayuan Hari Pahlawan dan penganuger­ahan pingat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau yang juga Yang Dipertua PVATTBM cawangan Perlis, berkata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam satu majlis di Kelantan baru-baru ini memberi jaminan kerajaan PH akan menjaga kebajikan anggota dan veteran tentera, namun tidak menyatakan­nya secara jelas.

Beliau turut meminta kerajaan menambah kuota haji daripada 200 kepada 400 jemaah serta menaikkan Bantuan Bakti Negara (BBN) dari RM1,200 kepada RM1,500 setahun dan pelantikan Anggota Dewan Negara juga dibuka kepada pemimpin veteran pangkat rendah.

Selain itu, Ismail berkata daripada hampir 200,000 veteran tidak berpencen di seluruh negara, cuma kirakira 80,000 sahaja yang berdaftar sebagai anggota PVATTBM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia