Utusan Borneo (Sarawak)

Saham MCE Holdings naik selepas peroleh kontrak Proton

-

KUALA LUMPUR: Harga saham MCE Holdings Bhd di Bursa Malaysia naik pagi ini, beberapa jam selepas syarikat itu mengumumka­n ia memperoleh kontrak baharu kedua daripada Proton Holdings Bhd.

Pada jam 9.39 pagi, saham itu meningkat 2.5 sen kepada 70 sen dengan 3,900 saham bertukar tangan.

MCE Holdings berkata kontrak sembilan tahun itu untuk membekalka­n pelbagai komponen dan bahagian-bahagian elektronik dan mechatroni­c bagi model baharu Proton akan menjana hasil sebanyak RM105 juta bagi kumpulan itu dalam tempoh sembilan tahun.

Anggaran RM800,000 dijangka dilaburkan dalam projek itu dan ia dijangka bermula pada suku keempat tahun kewangan yang berakhir 31 Julai, 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia