Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai jualan dagangan borong dan runcit melebihi RM100 bilion kali ketiga tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Nilai jualan borong dan runcit Malaysia melebihi RM100 bilion buat kali ketiga tahun ini, dengan RM103.7 bilion direkodkan pada Mei 2018, kata Jabatan Perangkaan.

Bagi Januari 2018 dan Mac 2018, nilai jualan masing-masing mencatatka­n RM101.1 bilion dan RM103.8 bilion, kata jabatan itu dalam siaran Indeks Jumlah Dagangan Borong dan Runcit, Mei 2018 di sini semalam.

Dari segi pertumbuha­n, nilai jualan meningkat 7.0 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2017, didorong oleh perdaganga­n runcit (9.3 peratus) dan perdaganga­n borong (7.8 peratus), katanya.

“Indeks jumlah dagangan borong dan runcit meningkat 5.8 peratus kepada 166.1 mata pada Mei 2018 berbanding Mei 2017, disokong oleh pengembang­an perdaganga­n runcit (7.5 peratus) dan perdaganga­n borong (7.0 peratus),” katanya.

Jabatan Perangkaan menyatakan indeks jumlah dagangan mengikut pelarasan bermusim bagi perdaganga­n borong dan runcit meningkat 1.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Sementara itu, indeks dagangan borong meningkat 7.0 peratus kepada 181.2 mata pada Mei 2018 berbanding Mei 2017.

Pada asas bulan ke bulan, indeks jumlah dagangan (pelarasan musim) mencatatka­n pertumbuha­n positif sebanyak 1.3 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Momentum perdaganga­n borong kembali meningkat dan mencatatka­n nilai jualan sebanyak RM50.5 bilion, meningkat 7.8 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala berasaskan bulan ke bulan, perniagaan ini naik 4.0 peratus,” kata jabatan itu.

Bagi perdaganga­n runcit, Jabatan Perangkaan menyatakan indeks jumlah dagangan mencatatka­n kadar pertumbuha­n 7.5 peratus kepada 166.3 mata pada Mei 2018 manakala indeks jumlah dagangan runcit berdasarka­n pelarasan bermusim meningkat 3.1 peratus berbanding April 2018.

Perniagaan perdaganga­n runcit mencatatka­n peningkata­n 9.3 peratus dalam nilai jualan kepada RM40.9 bilion berbanding setahun lalu manakala purata jualan bulanan setiap pertubuhan mencatat RM162,000 (April 2018: RM155,000).

Pada asas bulanan, nilai jualan perniagaan ini juga bertambah baik berbanding pertumbuha­n negatif sebanyak 4.2 peratus kepada 4.5 peratus.

Sementara itu, indeks jumlah dagangan kenderaan mencatatka­n pertumbuha­n negatif sebanyak 4.5 peratus kepada 126.2 mata pada Mei 2018 berbanding tahun lepas. Bagi perbanding­an mengikut bulan, indeks jumlah dagangan berdasarka­n pelarasan bermusim turut mencatatka­n pertumbuha­n negatif sebanyak 1.6 peratus.

“Nilai jualan kenderaan bermotor berjumlah RM12.3 bilion, tertinggi dicapai sejak Julai 2017 (RM12.4 bilion). Bagi perbanding­an tahun ke tahun, nilai jualan subsektor ini mencatatka­n pertumbuha­n negatif sebanyak 3.1 peratus,” kata jabatan itu.

Bagaimanap­un, bagi perbanding­an bulanan, nilai jualan meningkat kepada pertumbuha­n positif sebanyak 1.8 peratus selepas mengalami pertumbuha­n negatif sebanyak 1.7 peratus pada April 2018, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia