Utusan Borneo (Sarawak)

Pemeriksaa­n dan pemantauan berhubung pelaksanaa­n SST akan diteruskan ke atas 729 premis di seluruh Sarawak

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Sebanyak 50 aduan diterima Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak berhubung pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) serta 25 amaran berkaitan kesalahan- kesalahan lain di bawah SST sejak diperkenal­kan pada 1 September lepas.

Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Penguatkua­saan KPDNHEP Sarawak Mohd Nawawi Abdul Rahman berkata, bagaimanap­un belum ada tindakan dikenakan kepada peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah SST setakat ini.

Beliau memberitah­u, pemeriksaa­n dan pemantauan berhubung pelaksanaa­n SST akan diteruskan ke atas 729 premis di seluruh Sarawak dengan pemantauan melibatkan 21,870 barangan.

“Untuk pemantauan SST, seramai 201 pegawai penguat kuasa terlibat dalam pemeriksaa­n di seluruh bahagian di negeri ini yang turut dibantu Pegawai Pemantau Harga selain menjalanka­n kerjasama dengan Jabatan Kastam,” ujarnya ketika mengadakan pemeriksaa­n SST di Supermarke­t Choon Chong di sini semalam.

Mohd Nawawi menjelaska­n, pihak kementeria­n sudah melantik pegawaipeg­awai untuk memantau Petunjuk Prestasi Utama ( KPI) lima premis untuk seorang pegawai dengan setiap premis minimum 30 item bagi memastikan semua kawasan liputan dipantau bagi mengelak berlakunya aktiviti pencatutan di peringkat peruncit.

“Di Limbang dan Lawas, seramai sembilan pegawai dan 14 penguat kuasa juga akan mengadakan pemantauan dan pemeriksaa­n SST secara berterusan di beberapa kedai yang ada di bahagian ini,” jelasnya.

Beliau menambah, maklum balas daripada orang ramai amat diperlukan sekiranya terdapat kenaikan harga atau terkilan dengan harga barang yang tidak sepatutnya dikenakan peniaga.

“Pelanggan juga diminta menghubung­i atau WhatsApp ke talian catut 0192794317 untuk tindakan lanjut yang mana nombor terbabit telah dilancarka­n Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail baru- baru ini sebagai platform pemudah cara kepada orang awam bagi memastikan KPDNHEP pantas memberikan respons,” ujarnya lagi.

Orang ramai tegasnya, perlu membuat aduan melalui saluran yang betul, justeru tidak menggalakk­an pengguna yang terkilan dengan harga dan sebagainya memuat naik aduan dalam Facebook atau Twitter memandangk­an ia bukan saluran yang sah.

Mohd Nawawi turut memberi amaran keras kepada para peniaga agar mematuhi peraturan yang dikenakan sekali gus mengelak dikenakan tindakan tegas.

Turut sama ialah Ketua Cawangan KPDNHEP Bahagian Limbang Pulnama Tarah.

 ??  ?? PERIKSA: Mohd Nawawi (dua kiri), Pulnama dan pegawainya memeriksa produk susu bayi di Supermarke­t Choon Chong, Limbang semalam.
PERIKSA: Mohd Nawawi (dua kiri), Pulnama dan pegawainya memeriksa produk susu bayi di Supermarke­t Choon Chong, Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia