Malaysia tolak perkahwinan sejenis, LGBT
Konsep keluarga terdiri daripada lelaki, wanita serta anak-anak atau anak angkat
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) bahawa Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang diangap sebagai hak asasi manusia oleh Barat, termasuk perkahwinan sejenis.
Beliau menegaskan sistem nilai di negara ini tidak sama seperti sistem nilai di negara- negara Barat yang lebih bebas.
“Di Malaysia ada perkaraperkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai
Di Malaysia ada perkara-perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.
hak asasi manusia di negara Barat.
“Kita tidak boleh terima lesbian, gay, biseksual dan transgender ( LGBT), perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra, di sini semalam.
Dr Mahathir berkata konsep keluarga di negara ini masih kekal iaitu terdiri daripada lelaki dan wanita serta anak-anak atau anak angkat, manakala perkahwinan se- jenis tidak diiktiraf sebagai keluarga.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat JKKMAR yang turut dihadiri wakil SUHAKAM, bersetuju dengan syor supaya Akta Suhakam dipinda bagi memperkasakan suruhanjaya itu.
Beliau berkata pindaan itu antara lain termasuk meningkatkan kuasa SUHAKAM dalam aspek penguatkuasaan dan mengadakan mediasi atau pengantaraan.
Dr Mahathir berkata SUHAKAM juga memohon agar laporan tahunannya dibahaskan di Parlimen. — Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri